Tips atasi rasa rendah diri [tips 4]


4. Kenal pasti kelemahan diri

Bila anda rasa rendah diri sangat. Cuba fikir. Cuba ingat-ingat semula. Apa sebabnya anda menjadi begitu. Mesti ada sesuatu perkara yang buat anda jadi begitu.

Orang jadi pendiam sebab dia rasa tak ada benda dia nak cakap.

Kanak-kanak jadi ‘hyperaktif’ sebab mereka ni lazimnya tak tahu penat. Sebab tu mereka akan terus bermain, dan terus bermain sampai mereka berhenti.

Kakak-kakak kita jadi banyak cakap sebab diorang terlalu banyak idea untuk disampaikan kepada kawan-kawannya. Kononnyalah tu. Jangan marah ya kaum wanita.

Orang-orang besar hebat berbicara sebab mereka memang telah dilatih untuk berdiplomatik seperti itu.

Jadi, kita ni jadi rasa rendah diri sangat, kita rasa low self esteem ni, juga pasti ada sebabnya.

Ada orang, dia jadi tak yakin sebab dia ni tak pandai sangat. Dia rasa dia ni tak setanding dengan kawan-kawannya yang lain, yang berijazah atau yang berpendidikan. Dia rasa dia banyak kekurangan, dia jadi kekok untuk bersama mereka.

Orang lain pula dia rasa rendah diri sebab dia rasa dia ni tak banyak cakap. It’s okay kalau tak banyak cakap. Sebab banyak cakap pun nanti banyak buruknya. Tapi bagi mereka yang sangat-sangat pendiam, perasaan ini akan membantutkan perkembangan sosial mereka. Rasa rendah diri akan mudah terdidik dan bersarang dalam jiwa.

Jadi, cuba kenal pasti segala kelemahan diri anda. Cuba atasinya.

Bagi yang rasakan bahawa dia ni tak banyak duit. Dan sebab itulah juga dia jadi tak yakin sangat untuk bergaul dengan jiran-jiran. Ha, jadikan ini suatu booster dan motivasi untuk anda.

Kerja keras lagi, pasangkan matlamat bahawa anda nak jadi seperti mereka dalam masa lima, sepuluh atau beberapa tahun lagi.

Bila segala kekurangan ini telah berjaya diatasi, saya tak nampak apa sebab untuk anda berasa rendah diri.

Manusia ni dilahirkan dengan segala rencam kelebihan yang Allah beri. Rugi sangat kalau kita tak nak cuba untuk gunakan kelebihan kita itu.

Ubahlah penampilan dan cara hidup anda sekarang.

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 13,585 other followers

%d bloggers like this: