Hati hati dengan Ubat Kesuburan

Mac 31, 2014

Image

Mengapa saya kata begitu? Ini kerana ubat kesuburan tidak boleh diberi kepada pesakit tanpa rawatan susulan, di mana pada hari kitaran haid ke 10 hingga 12, harus dilihat sama ada ovari terangsang atau tidak. 

Pengambilan ubatan jenis ‘clomiphene’ boleh menyebabkan rangsangan yang berlebihan dan boleh menyebabkan komplikasi kepada pesakit.

Pengambilan clomiphene tanpa pengawasan dalam jangka masa panjang juga boleh meninggikan risiko barah ovari. Oleh itu, anda yang baru berumahtangga dinasihatkan agar mencuba secara biasa terlebih dulu untuk hamil.

Jika terdapat tanda-tanda awal mengandung seperti mual, muntah, berjumpalah doktor untuk ujian air kencing UPT dan scan.


Batuk dan demam ketika hamil. Perlukah ubat dari farmasi?

Februari 13, 2014

Salam doktor, minta nasihat doktor..saya kini hamil hampir 3 bulan.. Cuma beberapa hari ini..saya dapat batuk yang agak teruk..tekak rasa gatal dan batuk susah berhenti, kadangkala boleh menyebabkan muntah.. Sekarang saya elakkan dari banyak bercakap untuk mengelakkan batuk..tapi ini menyukarkan kerjaya saya sebagai seorang guru.. Bahaya atau tidak saya dapatkn ubat batuk farmasi atau hospital..atau ada cara lain yang boleh membantu mengurangkan batuk saya? Kerana saya bimbang untuk mengambil sebarang ubat dalam tempoh hamil..

Jawapan :
Ramai ibu-ibu yang sedang hamil memang agak bimbang untuk mengambil sebarang jenis ubatan ketika hamil khususnya di awal-awal kehamilan. Ya, banyak ubat-ubatan yang tidak boleh digunakan tanpa peskripsi daripada doktor terlebih dahulu ketika hamil.

Sekiranya puan mengalami batuk atau flu ketika hamil. Beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala batuk, flu dan demam tersebut. Antara nasihat saya :

1. Banyakkan minum air masak, khususnya di siang hari dan cuaca panas. Air masak itu sendiri mampu untuk mengekalkan suhu tubuh kita di dalam keadaan normal.

2. Rehat yang mencukupi. Ibu-ibu yang sedang hamil akan mudah mengalami keletihan. Apabila ia berlaku, mereka juga lebih mudah untuk mendapat jangkitan daripada luar.

3. Lozenge pada tekak boleh digunakan untuk melegakan batuk dan sakit tekak. 

4. Sekiranya demam terlalu tinggi, panadol atau paracetamol boleh diambil dengan kuantiti dan dos yang paling sedikit dan mampu menghasilkan kesan yang optimum (setelah mendapat rujukan daripada doktor).

5. Sentiasa pastikan anda memakan makanan yang berkhasiat dan penuh dengan mineral. Ketika hamil, sistem imun anda akan berubah, dengan tujuan untuk ‘protect’ bayi di dalam kandungan. Ini boleh menyebabkan anda lebih mudah mendapat jangkitan. Sebab itu, makanan yang yang berkhasiat adalah amat perlu ketika hamil.

Hamil bukan bererti anda perlu hentikan segala perkara yang anda buat sebelum hamil, tetapi melakukan gaya hidup yang lebih sihat, agar anda dan juga bayi dalam kandungan sihat.


PUNCA HIDUNG BERDARAH

Disember 3, 2013

epistaxis1Ada beberapa sebab yang menyebabkan hidung anda berdarah.

Antara gejala dan punca yang kerap dialami ialah gejala allergik rhinitis. Pesakit yang mempunyai simptom alahan yang teruk dan tidak terkawal, boleh mengalami hidung berdarah pada sesetengah keadaan.

Walaubagaimanapun, ia juga boleh berlaku di sebabkan oleh berbagai-bagai sebab lain. Struktur di dalam hidung yang mempunyai runcing ‘spur’, juga boleh menyebabkan pendarahan daripada hidung berlaku.

Selain daripada itu, tabiat sesetengah orang yang gemar mengorek hidung juga boleh menyebabkan menyebabkan hidung berdarah. Justeru para pesakit dinasihatkan untuk membuang tabiat ini.

Pengambilan ubat-ubat antikoagulan atau ubatan tradisional juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. anda adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat yang lebih terperinci sebelum mengambil sebarang ubatan.

Bagi sesetengah kes,beberapa penyakit seperti tekanan darah terlalu tinggi, kanser atau ketumbuhan juga boleh menyebabkan berlakunya hidung berdarah. Kanser nasopharyx atau tekak juga boleh datang dengan simptom hidung berdarah selain hidung tersumbat dan sebagainya.


Buku Bakal Terbit!

Disember 1, 2013

1462858_647504308634613_725019380_n

Syukur. Dengan izin dariNYA saya berjaya menghabiskan penulisan ini. Terima kasih kepada grup buku karangkraf dan semua pihak yang terlibat. Buku ini bakal menemui anda. Nantikannya di pasaran tidak lama lagi.


Buang angin tidak harus dimalukan

November 5, 2013

Screenshot_2013-11-05-11-54-01-1

Buang angin atau kentut seringkali dikaitkan oleh masyarakat kita  dengan keadaan yang agak memalukan jika berlaku di khalayak ramai. Namun, tahukah anda bahawa kentut itu sendiri merupakan salah satu proses normal oleh tubuh badan kita?

Tindak balas akan berlaku di dalam sistem pencernaan kita apabila kita menelan apa-apa makanan dan juga minuman.

Sebenarnya juga, kita hakikatnya sering  dan kerap kali mengeluarkan angin, namun kebiasaannya tidak berbau. Hanya tindak balas didalam sistem penghadaman yang menghasilkan gas seperti sulfur sahaja yang akan menghasilkan bau.

Walaubagaimanapun, beberapa keadaan dimana anda perlu ambil perhatian apabila anda terlalu  kerap membuang angin beserta gejala seperti berikut:

1. Sakit perut yang berterusan.

2. Disertai dengan najis yang berdarah.

3. Kesukaran yang amat untuk membuang air besar.

4. Cirit birit yang keterlaluan.


Awas apabila nafas anak anda berbunyi

November 4, 2013

Screenshot_2013-11-04-16-55-01-1Hari ini sepasang ibu bapa datang dan membawa bayi mereka yang berusia 12 bulan berjumpa saya. Nafas anak mereka berbunyi sejak lahir sehingga sekarang.

Perkara seperti ini bukanlah jarang ditemui oleh kita. Ya, ramai ibu bapa yang kerap mengadu nafas anak mereka berbunyi. Keadaan seperti saya sendiri temui di klinik dan hospital.

Laryngomalacia merupakan keadaan di mana otot dan cartilage di bahagian peti suara bayi belum cukup kuat. Ini akan menyebabkan saluran udara di bahagian peti suara tersebut cenderung untuk tertutup.

Keadaan seperti akan menyebabkan nafas bayi berbunyi. Bagi keadaan tertentu yang lebih teruk, bayi akan mengalami simptom-simptom yang lebih berat seperti gangguan untuk minum, kesan pada tumbesaran dan sebagainya.

Jadi awas apabila anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

1. Berhenti bernafas sekurang-kurangnya 10 saat.

2. Kebiru-biruan di sekitar mulut.

3. Menunjukkan tanda-tanda sesak nafas yang ketara pada dada dan leher.

Segera bawa anak anda ke hospital terdekat sekiranya mempunyai tanda seperti di atas.

Laryngomalacia kebiasaannya berlaku pada awal kelahiran dan simptom-simptom seperti yg saya sebutkan di atas akan hilang antara usia 18 hingga 20 bulan.


Tonsil membengkak sering berlaku di Malaysia

November 2, 2013

Screenshot_2013-11-02-13-58-14-1

Tonsil membengkak sering dialami oleh anak-anak yang berumur 3 hingga 10 tahun. Mengapa ia berlaku?

Kes-kes pembengkakan tonsil atau tonsillitis amat biasa ditemui di kalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus dan lain-lain. Sesetengahnya pula boleh berlaku dengan sendirinya.

Apakah itu tonsil? Tonsil merupakan salah satu organ limfatik yang turut memainkan peranan dalam sistem antibodi kita. Sistem antibodi yang terlalu aktif ini khususnya bagi kalangan kanak-kanak akan menyebabkan ia membesar.

Kebiasaannya ia tidak memberikan kesan yang besar kepada kanak-kanak, namun sesetengahnya akan  menyebabkan mereka berasa sakit tekak dan tonsil yang terlalu aktif dan membesar akan mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain seperti tidur berdengkur, kerap mengantuk akibat kurang tidur di waktu malam dan sebagainya.

Ubat antibiotik boleh digunakan untuk merawat masalah acute tonsillitis. Bagi kes-kes yang kerap berlaku sehingga 6 ke 10 kali dalam setahun, pembedahan tonsillectomy untuk membuang tonsil boleh dilakukan sebagai langkah terakhir.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,719 other followers