KANAK-KANAK LEBIH MUDAH ALAMI MASALAH PENDENGARAN?

‘Otitis media effusion’ merupakan keadaan di mana pengumpulan cecair berlaku di bahagian telinga tengah. Ia berlaku disebabkan oleh fungsi saluran yg menyambungkan telinga tengah ke belakang hidung atau dipanggil ‘eustachian tube’ tidak berfungsi dengan begitu baik.

Perubahan tekanan atau pressure pada telinga tengah disebabkan fungsi ‘eustachian tube’ tidak begitu baik ini telah menyebabkan cecair berkumpul di bahagian telinga tengah.

Masalah ini mudah berlaku kepada kanak kanak kerana beberapa sebab seperti struktur eustachian tube itu sendiri yg memudahkan masalah ini berlaku. Kanak kanak syndrome juga lebih mudah untuk mendapat masalah ini.

Apa akibatnya? Ia perlu mendapat rawatan sewajarnya di hospital. Seeloknya sebelum memasuki persekolahan, masalah ini sudah berjaya dikawal bagi mengelakkan masalah pendengaran sehingga mengganggu aktiviti persekolahan di dalam kelas.

Dapatkan rujukan ke klinik pakar dan hospital sekiranya anak anda ada tanda tanda kurang pendengaran seperti lewat respon ketika dipanggil, perlu dipanggil berkali kali dalam setiap aktiviti harian.