Assalamualaikum doc..saya nak tanya anak saya berusia hampir 3 tahun…sebelum ni dia memang ada eczema dan hampir ada simptom lelah. Akhir akhir ini bila hendak tidur malam dia akan ketat hidung…memang akan menangis sebab tidak boleh nak bernafas atau tidak selesa. Apabila nak sapu vicks kat dada dia tak bagi…apa cadangan atau nasihat doc…adakah ianya resdung sebab perasan jugak nafas dia berbau sedikit.

———————————————–

Masalah anak puan ini agak kerap juga berlaku kepada kanak kanak berusia bawah enam tahun. Ada yang tidurnya berdengkur. Ada yang sehingga nafasnya berbunyi. Ada juga yang hingus sering meleleh keluar daripada hidung.

Ada dua kemungkinan yang boleh menyebabkan ia berlaku.

Pertama pengumpulan cecair mukus atau hingus di dalam rongga hidung dan menyebabkan nafas anak anda berbunyi dan anak anda tidak selesa ketika tidur khususnya.

Kemungkinan kedua ialah anak puan mungkin mempunyai adenoid hypertrophy di mana struktur adenoid yg terletak di kawasan belakang hidung atau dipanggil juga nasopharynx membesar. Ini akan menyebabkan penyekatan pada sistem pernafasan anak puan dan menyebabkan tidur berbunyi.

Allergic rhinitis atau alahan sering berlaku bersama masalah eczema dan ia juga boleh menyebabkan gejala gejala atau simptom yang puan nyatakan.

Boleh bawa berjumpa doktor terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Ubat yang sesuai seperti nasal spray atau drop akan diberi mengikut peringkat umur.