Assalamualaikum doktor.. Mohon dapat memberi masa untuk membaca dan menberi respon kepada saya.. Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

Saya ibu kepada 4 org anak. Anak yang sulung berusia 6 tahun. Baru baru ini anak sulung saya demam dan mengadu sakit di telinga kiri.. Saya ada buat pemeriksaan di hospital dan mendapati gegendang telinga anak saya secara keseluruhannya telah tiada.. Boleh saya tahu apa punca yang menyebabkan ianya berlaku adakah ianya berlaku dalam sehari atau memakan masa yang lama. Adakah gegendang telinga anak saya akan ada semula atau tidak…

Terima kasih

………………………….

Waalaikumussalam puan.

Gegendang telinga bocor atau pecah boleh berlaku oleh beberapa sebab. Kecederaan akut seperti trauma disebabkan tercucuk sesuatu ke telinga selalunya boleh menyebabkan ia bocor dan sering disertai dengan kesan pendarahan.

Gegendang telinga yang berlubang boleh juga disebabkan oleh jangkitan kuman. Dan boleh memakan masa juga untuk ianya berlaku.

Untuk kanak kanak, gegendang telinga yang bocor boleh tertutup dengan sendirinya tanpa melakukan pembedahan tetapi memakan masa berbulan bulan bukan sehari dua. Juga bergantung kepada saiz lubang kebocoran.

Pastikan telinga anak puan tidak dimasuki air. Tutup telinga ketika mandi(boleh guna ear plug) dan elakan mandi di pantai atau kolam renang yang kotor. Pastikan juga follow up dan rawatan susulan bersama doktor utk monitor saiz lubang kebocoran.