“ANAK SAYA DEMAM TAPI TAK BATUK, TAK SELESEMA”

Ramai ibu bapa yang begitu risau jika anak mereka mengalami demam panas.

Segera ke klinik atau hospital. Terus minta ubat antibiotik daripada doktor.

Hakikatnya ubat ubatan yang diberi kepada pesakit khususnya kepada kanak kanak perlu ada rasionalnya. Maksud saya perlu ada indikasinya.

Doktor tidak akan dengan mudah memberi ubat kepada pesakit tanpa sebab dan justifikasi klinikal yang sepatutnya.

Anak anak kita mengalami demam pasti ada sebabnya. Peningkatan suhu yang tinggi juga berlaku hasil daripada tindak balas di dalam sistem tubuh kita. Demam boleh berlaku oleh banyak sebab!

Oleh sebab itulah, ubat antibiotik tidak boleh sekadar dibeli melalui kaunter di klinik dan hospital. Ia perlu kepada pemeriksaan doktor.

Bawa dulu anak anak ke hospital atau klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.