Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim.

Teman-teman…

Apabila kita mengetahui bahawa sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu untuk menolong kesusahan orang lain, maka lakukanlah, segeralah beri pertolongan.

Lebih-lebih lagi apabila orang itu telah memintanya kepada kita. Pertolongan yang kita berikan itu, akan sangat bermakna bagi orang yang sedang di dalam kesusahan.

Cubalah bayangkan, bagaimana rasanya apabila kita berada di tempat orang yang meminta pertolongan daripada kita itu? Pernah kita rasakan?

Sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang yang mahu memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghilangkan kesusahan orang lain.

Bantulah… selagi kita mampu, terdaya…