Ramai antara mereka yang gagal adalah kerana mereka gagal untuk mengenali diri mereka sebenarnya. Mereka gagal untuk mengenali diri mereka secukupnya.

“Adakah anda cukup mengenali diri anda?”

Jika jawapan anda ya, bermakna anda mungkin tersilap. Kerana jika semua orang mampu untuk betul-betul mengenali dirinya, maka tidak ada orang yang akan gagal dalam hidupnya. Semua orang akan berjaya.

Dalam sepuluh orang doktor, mungkin seorang saja yang akan menjadi pakar. Seratus ahli politik, sepuluh saja mungkin yg akan menjadi menteri. Dalam sepuluh menteri, seorang saja yang akan menjadi perdana menteri.

Kenapa jadi begitu? Hanya mereka yang benar-benar kenal potensi dirinya saja yang akan betul-betul cemerlang. Paling cemerlang berbanding mereka lain yang turut cemerlang.

Kenapa kita hanya ada seorang saja P Ramlee? Kenapa kita juga hanya ada seorang Mahathir Mohamad? Ya, sekali lagi kita perlu kenal sedalam-dalamnya diri sendiri.

P Ramlee mampu untuk segera mengenali bakatnya di bidang seni nyanyian dan lakonan, beliau gunakan segala keunikan dan kelebihan dirinya sehingga beliau menjadi seorang yang sangat berjaya. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad dan  tokoh-tokoh berjaya yang lain.

Segera kenali kelebihan kita. Jangan terlalu merendah diri. Kerana ia boleh memakan diri sendiri.

Orang lain mungkin sangat hebat dalam bidang sukan. Tapi anda mungkin tidak sedar yang anda sangat hebat sebenarnya di bidang penulisan, hebat dalam berniaga, hebat dalam mendidik orang . Siapa tahu. Kan?

Gunakan kelebihan kita sebaiknya.

Ya, kita akan berjaya!

“Ramai yang berjaya bukan kerana mereka dilahirkan sebagai seorang yang luar biasa. Mereka biasa-biasa sahaja, tapi mereka berjaya untuk mengenali kelebihan dan  potensi diri mereka…”