“Siapa balik, blaclisted. Meeting sekarang!”

Saya lihat jam. Dah pukul 5.30 petang. Nak buat mesyuarat?

Bukan kali pertama, bahkan dah banyak kali pun. Setiap kali nak buat mesyuarat, perjumpaan atau apa-apa meeting memang bos suka sangat buat pada waktu hampir-hampir nak balik. Sekitar atau selepaa pukul lima petang. Sebabnya ? Saya pun tak tahu.

Dalam bekerja, selalunya (walaupun tidak sentiasa), perangai seorang  ketua atau bos akan diteladani oleh orang bawahannya. Selalunya macam inilah.

Kalau bos kaki ponteng. Anak buah selalunya pun akan macam itu. Kalau ketuanya rajin dan komited, anak buah akan tiru.

“Tak boleh cuti..semua tolak satu hari cuti!”

Ungkapan seperti ini dah biasa pun saya dengar daripada bos saya. Bunyinya seolah pelik. Tapi inilah perangai orang nombor satu di jabatan saya. Nak tak nak kena terima.

Sedih? Kecewa? Semua perasaan ini tak perlu ada pada diri kita semua. Berfikirlah cara yang positif.

Setiap orang akan ada bos di tempat kerjanya. Bos saya itu pun sudah tentu ada bosnya sendiri di peringkat yang lebih tinggi. Yang kerja biasa-biasa pun sebenarnya sudah menjadi bos (andai sudah berkeluarga). Anda adalah bos dan ketua bagi isteri dan keluarga anda di rumah.

Ketua kena memahami pekerja. Dan pekerja juga perlu faham kehendak ketua. Dua dua sebenarnya saling memerlukan. Tepuk tak berbunyi kalau dengan sebelah tangan saja. Kedua-duanya saling mengharap.

Tak ada pekerja, tak ada golongan bawahan yang buat kerja itu dan ini, tak ada jugalah yang dinama sebagai bos. Semua kerja tak kan gerak. Kan?

Fahami cara kerja ketua di tempat kerja kita. Buat saja apa yang dia nak, lakukan apa yang disuruh (walau kadang-kadang ia perlu dipaksa). Cuba untuk ikhlaskan hati.

Yang dah bergelar ketua pun sama. Tak boleh ikut cara sendiri. Hidup bekerja perlu bekerjasama. Kita tidak sentiasa yang terbaik dan kita bukannya tak pernah buat silap.

Terimalah seadanya bos kita. Reda juga dengan pekerja-pekerja yang kita ada.

Mungkin ini yang terbaik.

Untuk kita. Untuk semua.