Salam doktor, minta nasihat doktor..saya kini hamil hampir 3 bulan.. Cuma beberapa hari ini..saya dapat batuk yang agak teruk..tekak rasa gatal dan batuk susah berhenti, kadangkala boleh menyebabkan muntah.. Sekarang saya elakkan dari banyak bercakap untuk mengelakkan batuk..tapi ini menyukarkan kerjaya saya sebagai seorang guru.. Bahaya atau tidak saya dapatkn ubat batuk farmasi atau hospital..atau ada cara lain yang boleh membantu mengurangkan batuk saya? Kerana saya bimbang untuk mengambil sebarang ubat dalam tempoh hamil..

Jawapan :
Ramai ibu-ibu yang sedang hamil memang agak bimbang untuk mengambil sebarang jenis ubatan ketika hamil khususnya di awal-awal kehamilan. Ya, banyak ubat-ubatan yang tidak boleh digunakan tanpa peskripsi daripada doktor terlebih dahulu ketika hamil.

Sekiranya puan mengalami batuk atau flu ketika hamil. Beberapa langkah boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala batuk, flu dan demam tersebut. Antara nasihat saya :

1. Banyakkan minum air masak, khususnya di siang hari dan cuaca panas. Air masak itu sendiri mampu untuk mengekalkan suhu tubuh kita di dalam keadaan normal.

2. Rehat yang mencukupi. Ibu-ibu yang sedang hamil akan mudah mengalami keletihan. Apabila ia berlaku, mereka juga lebih mudah untuk mendapat jangkitan daripada luar.

3. Lozenge pada tekak boleh digunakan untuk melegakan batuk dan sakit tekak. 

4. Sekiranya demam terlalu tinggi, panadol atau paracetamol boleh diambil dengan kuantiti dan dos yang paling sedikit dan mampu menghasilkan kesan yang optimum (setelah mendapat rujukan daripada doktor).

5. Sentiasa pastikan anda memakan makanan yang berkhasiat dan penuh dengan mineral. Ketika hamil, sistem imun anda akan berubah, dengan tujuan untuk ‘protect’ bayi di dalam kandungan. Ini boleh menyebabkan anda lebih mudah mendapat jangkitan. Sebab itu, makanan yang yang berkhasiat adalah amat perlu ketika hamil.

Hamil bukan bererti anda perlu hentikan segala perkara yang anda buat sebelum hamil, tetapi melakukan gaya hidup yang lebih sihat, agar anda dan juga bayi dalam kandungan sihat.