epistaxis1Ada beberapa sebab yang menyebabkan hidung anda berdarah.

Antara gejala dan punca yang kerap dialami ialah gejala allergik rhinitis. Pesakit yang mempunyai simptom alahan yang teruk dan tidak terkawal, boleh mengalami hidung berdarah pada sesetengah keadaan.

Walaubagaimanapun, ia juga boleh berlaku di sebabkan oleh berbagai-bagai sebab lain. Struktur di dalam hidung yang mempunyai runcing ‘spur’, juga boleh menyebabkan pendarahan daripada hidung berlaku.

Selain daripada itu, tabiat sesetengah orang yang gemar mengorek hidung juga boleh menyebabkan menyebabkan hidung berdarah. Justeru para pesakit dinasihatkan untuk membuang tabiat ini.

Pengambilan ubat-ubat antikoagulan atau ubatan tradisional juga boleh menyebabkan berlakunya pendarahan. anda adalah dinasihatkan untuk mendapat nasihat yang lebih terperinci sebelum mengambil sebarang ubatan.

Bagi sesetengah kes,beberapa penyakit seperti tekanan darah terlalu tinggi, kanser atau ketumbuhan juga boleh menyebabkan berlakunya hidung berdarah. Kanser nasopharyx atau tekak juga boleh datang dengan simptom hidung berdarah selain hidung tersumbat dan sebagainya.