Screenshot_2013-11-04-16-55-01-1Hari ini sepasang ibu bapa datang dan membawa bayi mereka yang berusia 12 bulan berjumpa saya. Nafas anak mereka berbunyi sejak lahir sehingga sekarang.

Perkara seperti ini bukanlah jarang ditemui oleh kita. Ya, ramai ibu bapa yang kerap mengadu nafas anak mereka berbunyi. Keadaan seperti saya sendiri temui di klinik dan hospital.

Laryngomalacia merupakan keadaan di mana otot dan cartilage di bahagian peti suara bayi belum cukup kuat. Ini akan menyebabkan saluran udara di bahagian peti suara tersebut cenderung untuk tertutup.

Keadaan seperti akan menyebabkan nafas bayi berbunyi. Bagi keadaan tertentu yang lebih teruk, bayi akan mengalami simptom-simptom yang lebih berat seperti gangguan untuk minum, kesan pada tumbesaran dan sebagainya.

Jadi awas apabila anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:

1. Berhenti bernafas sekurang-kurangnya 10 saat.

2. Kebiru-biruan di sekitar mulut.

3. Menunjukkan tanda-tanda sesak nafas yang ketara pada dada dan leher.

Segera bawa anak anda ke hospital terdekat sekiranya mempunyai tanda seperti di atas.

Laryngomalacia kebiasaannya berlaku pada awal kelahiran dan simptom-simptom seperti yg saya sebutkan di atas akan hilang antara usia 18 hingga 20 bulan.