Screenshot_2013-11-02-13-58-14-1

Tonsil membengkak sering dialami oleh anak-anak yang berumur 3 hingga 10 tahun. Mengapa ia berlaku?

Kes-kes pembengkakan tonsil atau tonsillitis amat biasa ditemui di kalangan kanak-kanak. Ia boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus dan lain-lain. Sesetengahnya pula boleh berlaku dengan sendirinya.

Apakah itu tonsil? Tonsil merupakan salah satu organ limfatik yang turut memainkan peranan dalam sistem antibodi kita. Sistem antibodi yang terlalu aktif ini khususnya bagi kalangan kanak-kanak akan menyebabkan ia membesar.

Kebiasaannya ia tidak memberikan kesan yang besar kepada kanak-kanak, namun sesetengahnya akan  menyebabkan mereka berasa sakit tekak dan tonsil yang terlalu aktif dan membesar akan mengakibatkan kesan-kesan sampingan lain seperti tidur berdengkur, kerap mengantuk akibat kurang tidur di waktu malam dan sebagainya.

Ubat antibiotik boleh digunakan untuk merawat masalah acute tonsillitis. Bagi kes-kes yang kerap berlaku sehingga 6 ke 10 kali dalam setahun, pembedahan tonsillectomy untuk membuang tonsil boleh dilakukan sebagai langkah terakhir.