ImageHiduplah dengan sentiasa memberi kebahagiaan kepada orang lain. Tidak kira ibu,ayah, isteri,rakan atau sesiapa pun sahaja. Bahagiakanlah mereka.

Apabila anda sentiasa cuba untuk menyenangkan urusan orang lain, sebenarnya anda telah memudahkan hidup anda sendiri.

Sifir hidup ini sangat mudah. Yang baik selalunya dibalas baik. Yang tidak elok, selalunya buruk kesudahannya.

Usah merasa rugi untuk memberi bantuan kepada orang. Jangan juga merasa berat untuk menolong sesiapa pun sahaja, kerana ganjaran untuk anda pasti ada… percayalah.