Setiap daripada kita pasti mempunyai cita-cita yang kita impikan sejak dari dulu lagi. Ada orang pernah bercita-cita untuk menjadi seorang peguam atau doktor yang hebat, ada di antara anda juga yang sering berangan-angan menjadi penyanyi atau pelakon terkenal!

Persoalannya, hebatkah anda sekiranya anda telah berjaya mencapai kesemua apa yang anda impikan itu?

Ya, anda mungkin kini sudah bergelar pegawai kerajaan dengan jawatan yang agak tinggi, anda juga mungkin sedang duduk di rumah sahaja dan mampu menjana pendapatan ribuan ringgit hasil usaha kerja anda sendiri. Namun, adakah semua itu merupakan jaminan untuk anda merasa sangat berjaya dan lupa kepada orang di sekeliling anda?

Kadang-kadang kita rasa kita sudah cukup hebat di mata masyarakat, walhal hakikatnya ianya biasa-biasa saja pada pandangan mereka.

Jangan sering merasa andalah paling hebat.. sehingga terkadang lupa mendengar pandangan orang. Mereka yang lain juga berhak memberi teguran dan pandangan kepada anda.

Tidak semua yang anda fikirkan betul, adalah yang terbaik di mata orang. Tidak semestinya apa yang anda rasakan buruk itu juga salah pada pandangan masyarakat.

Terimalah segala nasihat dan pandangan orang lain sebagai bantuan serta peringatan untuk kita lebih maju lagi.

Ingatlah.. anda tidak pernah hidup keseorangan.. semua di sekeliling kita  adalah aset untuk anda dan juga saya untuk terus berjaya.