Mengapa saya begitu? Kegagalan mesti ditempuhi untuk anda mengecap erti sebuah kejayaan., Tanpa melalui kejatuhan anda tidak akan mengerti bagaimana kemanisan sebuah kejayaan.

Justeru, nak berjaya, mesti tempuh kegagalan. Tak boleh tidak, anda yang mahukan sebuah kejayaan yang berkekalan, kemenangan yang berterusan, maka kejatuhan adalah sebuah harga tinggi yang anda sendiri harus bayar.

Dengan kegagalan, anda belajar bagaimana untuk bangkit, macamana untuk bangun semula daripada bawah. Jika anda sentiasa berada di atas, anda tidak akan pernah merasa bagaimana orang yang gagal untuk bangkit ke arah kemenangan.

Justeru, jangan takut untuk gagal. Usah ragu-ragu untuk menyahut segala cabaran di luar sana. Semua orang yang mahukan kejayaan tidak boleh merasa lemah untuk jatuh.

Jatuh, bangun.. jatuh dan bangun semula..hingga akhirnya anda akan berada di atas sekali dan teramat sukar untuk jatuh kembali.