Mengapa ketika ini ramai di kalangan mereka di luar sana yang gemar merokok? Ya, merokok bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri bahkan kepada orang lain juga. Bukan anda saja yang merokok yang mendapat bala, orang lain pun turut sama. Anak, isteri, adik beradik, ibu bapa dan sesiapa pun saja yang berada bersama ada turut sama mendapat keburukannya.

Merokok mampu mendatangkan ketenangan. Dapat memberikan lebih kesegaran kepada mereka. Ini menurut apa yang sebilangan individu yang pernah memberitahu kepada saya. Betul? Namun, pernahkan mereka melihat bahawa terlalu banyak lagi buruknya tabiat merokok ini kepada kehiduppan mereka.

Merokok boleh memendekkan usia hayat anda! Ya, anda tidak percaya? Dengan merokok, akan meningkatkan lagi possibility untuk anda mendapat serangan jantung, merokok juga akan merosakkan sistem pernafasan paru-aru anda sedikit demi sedikit, sehingga suatu masa ia akan menjadi semakin teruk. COPD (chronic obstructive pulmonary disease) merupakan penyakit paru-paru seakan asma yang sering berlaku kepada mereka yang mengamalkan tabiat merokok sejak di usia muda.

Merokok juga akan menyebabkan anak-anak di rumah anda juga mendapat serangan asma. Asap-asap rokok yang bertebaran di ruang udara rumah sebenarnya mengundang bahawa kepada semua yang berada di kawasan itu. Lagi? Merokok juga mampu meningkatkan kanser. Saya bukan menakutkan tetapi sekadar memberitahu.

Lumrahnya, mereka tidak sedar bahawa mereka telah melaburkan sejumlah wang besar untuk merokok ini. Sehari mungkin sekotak. RM 10 untuk sehari. Sebulan sudah mencecah RM 300. Setahun? Jadi, usahlah diteruskan amalan ini. Bukan anda sahaja yang merasa keburukannya, bahkan yang paling penting ialah orang tersayang di sekeliling anda turut merasa sama.