Makna sebuah kejayaan adalah berbeza mengikut individu. Anda yang bergelar seorang usahawan terkenal mungkin merasakan anda telah mencapai sebuah kejayaan besar di dalam hidup anda.

Anda yang bergelar seorang suri rumah mungkin merasakan anda telah berjaya kerana anda memang bercita-cita untuk menjadi seorang suri rumah yang terbaik buat suami dan anak-anak anda.

Jangan selalu merungut, usah mudah untuk berasa keluh, kesah dan sedih kerana peluang kejayaan menanti di mana-mana. Anda mungkin merasakan anda adalah orang yang biasa-biasa saja dalam masyarakat atau di kawasan anda tinggal, tapi orang lain menganggap anda merupakan seorang yang sangat berjaya.

Anda mungkin tidak berharta. Ya, anda bukan daripada kalangan yang kaya, tinggal pun mungkin sekadar di rumah sewa, tetapi orang lain mungkin menganggap anda sangat berjaya lantaran kayanya budi pekerti anda.

Ramai di kalangan mereka yang sentiasa cuba untuk menjadi seorang yang baik seperti anda namun tidak pernah berjaya.

Anda, mereka dan saya sendiri merupakan seorang yang berjaya. Ya, berjaya dalam erti kata matlamat hidup kita. Jangan terlalu merendah diri, kerana di situ mungkin punca kejatuhan. Usah pula sentiasa memandang ke atas, takut-takut tidsk sempat memandang ke bawah sebelum datangnya sebuah kegagalan.

Selamat maju jaya.