Setiap perkara yang anda lakukan tidak akan menjadi jika tidak dilakukan dengan penuh ketekunan, ketelitian dan ketenangan.

Ramai di kalangan kita yang sering merungut, tertekan dan resah dengan masalah yang mereka hadapi. Mengapa boleh jadi begini, dik?

Saya berikan tiga tip mudah untuk anda berasa sentiasa tenang dengan apa juga perkara yang anda lakukan:

1) Basahkan anggota dengan wudhuk
Apabila jiwa anda berasa  kusut, fikiran terasa berkecamuk, emosi pula seakan tidak stabil, cuba berhenti sejenak daripada apa yang sedang lakukan. Basahkan anggota tubuh anda dengan air wudhuk. Anda pasti akan berasa tenang daripada sebelumnya.

2)Sentiasa bersedia di awal waktu
Walau dimana pun anda berada, cubalah untuk sentiasa menepati masa. Bukan sahaja menepati masa, bahkan perlu sentiasa berada di awal waktu. Apabila anda sentiasa berada awal daripada waktu yang sebenarnya anda patut lakukan, anda pasti akan sentiasa tenang dan tidak kelam kabut dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

3)Fokus pada kerja yang dilakukan
Kita akan mudah hilang perhatian dan fokus apabila kita cuba untuk melakukan banyak kerja di dalam satu masa. Bahagikan kerja anda kepada beberapa bahagian. Lakukan ianya satu persatu, step by step. Anda pasti lebih tenang dan fokus untuk menyesaikan sesuatu masalah.