Kesedihan dan keresahan yang kita lalui sepanjang hari hanyalah membuatkan kita menjadi manusia yang lebih kuat lagi.Percayakah anda bahawa mereka yang telah berkali-kali ditimpa kesusahan didalam hidupnya,mereka itulah sebenarnya manusia yang benar-benar berjaya.
Sehari-harian melayan berencam-rencam karenah anak-anak kecil benar-benar mengajar saya akan erti sebuah kehidupan.Ya, andai anda merasakan hidup anda sering ditimpa dengan berbagai-bagai dugaan, percayalah bahawa ramai lagi orang di luar sana yang turut berhadapan dengan ujian.Hanya bentuk dan cara ianya diturunkan sahaja yang berbeza.
Saya melihat betapa anak-anak seawal usia setahun sudah disahkan menghidap penyakit buah pinggang,ada yang sejak dilahirkan pun sudah mengalami berbagai-bagai penyakit.Pernahkah kita cuba untuk meletakkan diri kita seperti di tempat mereka? Apa perasaan mereka?
Ya, mereka mungkin terlalu mentah untuk menjawab persoalan dunia.Mereka sudah tentu belum cukup untuk mengenal untuk apa mereka dilahirkan. Namun pernahkah anda membayangkan bagaimana untuk mereka menjalani hari-hari mendatang mereka?bagaimana pula mereka bakal mengalami masa-masa hadapan mereka?
Anda semua yang masih diberi ruang, masa dan kesempatan nikmat pelbagai di atas muka bumi ini, maka brsyukurlah kita.
Pasangkan niat selalu bahawa hidup ini adalah medan ujian buat kita.Dunia bukan tempat untuk semata-mata mencari kesenangan mahupun mengejar kemewahan.
Sesekali kita diuji dengan musibah,anggaplah ianya sebagai peluang untuk kita menguji sejauhmana kuatnya kita untuk menjadi hamba yang benar-benar tabah.
Percayalah,hamba yang sering cekal bersama musibah dan kesusahn,mereka itulah sebaik-baik hamba yang disayanginya.
Disember 16, 2011 at 4:28 am
insha Allah
Jun 20, 2012 at 4:34 pm
Hidup ini memang penuh kesulitan dan pelbagai dugaan yg dtng. Tapi hnya sifat sabar,redha dpt memantapkan kekuatan dan keimanan kita. saya rasa hidup saya ni pown bnyk kesedihan dri kegembiraan tapi hanya mengigati ALLAH S.W.T hati akn menjadi tenang. kita haruslah ingt apa yg berlaku dlm hidup kita adalah qada dan qadar yg ALLAH S.W.T tentukan sejak azali lagi.
Disember 4, 2012 at 3:10 am
inilah hidup….hanya bergantung pada ALLOH sajalah obat semua duka dan luka…amiin
Mei 3, 2013 at 5:18 pm
sy sudah berkahwin 4 tahun,sudah beberapa kali suami sy main kayu 3 d belakang sy..semalam saja dia suda ketahuan.hati mmg sangat sakit.sy just sabar dan redha saja..tapi kenapa perasaan itu akan datang balik..apatah lagi sekarang sy mengandung 7 bulan..sy sanggat stress..apa harus sy lakukan..