Sekiranya Anda memberi sesuatu kepada orang lain selalunya Anda akan menggandakan hasil yang berlipat kali ganda buat diri Anda. Dalam sehari-harian kehidupan kita, cuba kita lebihkan orang lain daripada diri kita sendiri.
Mulakan ianya daripada dasar dan permulaan dulu. Anda mulakan terlebih dulu di dalam institusi keluarga. Di rumah contohnya, sentiasalah membuatkan ibu, ayah dan adik-adik Anda merasa senang dengan kehadiran Anda. Gembirakan mereka, ringankan beban dan kesusahan mereka. InsyaAllah, semoga dengan kepayahan dan keikhlasan Anda dalam membantu mereka, akan sentiasa mendapat pandangan dan tempat di sisi ALLAH SWT.
Kita hidup ni bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan peribadi, namun apa yang jauh lebih penting adalah sejauh mana besar dan banyaknya sumbangan kita kepada mereka.
Seberapa besarnya hasil yang kita bawa kepada masyarakat, sehebat mana usaha kita untuk manusia sekeliling… ha, kesemua itulah yang seharusnya menjadi nilaian pada mata kita.
Anda akan mampu untuk menjadi seorang manusia yang boleh dilabel sebagai manusia Berjaya, sekiranya anda Berjaya mencapai target dan aim yang Anda sendiri tetapkan. Tetapi malangnya ramai di kalangan kita pada hari ini yang kerap kali meletakkan matlamat yang silap dalam hidup mereka.
“Saya mahu menjadi seorang yang kaya di dalam 10 tahun lagi, “ …. “ Aku nak pastikan bahawa aku berjaya menjadi seorang lawyer yang disegani di negara kita, “ .. Ya, saya setuju dengan kenyataan-kenyataan bersemangat daripada semua rakan-rakan kita itu. Namun, adakah sudah cukup untuk Anda meletakkan dan menggariskan matlamat dalam hidup seperti itu sahaja?
Berilah, sumbanglah, sentiasalah melebihkan orang-orang di sekeliling kita… walaupun untuk sekecil-kecil perkara. Carilah harta dengan penuh iltizam dan bersungguh-sungguh, niatkan dalam hati, mudah-mudahan lebihan kesenangan yang diperoleh nanti dapat dikongsi sama oleh semua keluarga, anak –anak dan isteri. Belajarlah bersungguh-sungguh, capailah impian yang besar-besar, moga-moga kejayaan itu mampu membangkitkan rasa puas dan kegembiraan yang tidak mampu diucap oleh ibu bapa Anda.
Mac 25, 2011 at 4:57 am
Terima kasih atas kiriman info tersebut. Allah sahaja yang akan membalasnya
Mac 26, 2011 at 2:39 pm
thank you…rasa gembira sangat dapat baca artikel motivasi macam ini….semoge apa yang ditimba akan dapat diamalkan dalam realiti kehidupan
April 1, 2011 at 9:06 am
salam dr apa kabar, saya suka membaca artikal dr.. dan saya ninta izin untuk send pada rakan2 saya ya…semoga dr terus maju jaya..
April 5, 2011 at 5:54 am
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, saya sihat. Terima kasih. Silakan, Azadan.
April 1, 2011 at 9:17 pm
as salam..dr.motivasi daripada artikel ini sgt bgus… kalau saya boleh bertanya adakah terdapat ruangan yang boleh kita bertanyakan tentang sesuatu mengenai motivasi diri di dalam ruangan ini.? terima kasih.
Mei 8, 2011 at 4:35 am
Salam Alaik..
Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita berikan kepada orang lain, kita akan dapat balik perkara tersebut. Sama ada ianya adalah kebaikkan mahupun keburukkan. Misalanya kita berikan kebaikkan kepada orang lain, Allah Taala akan membalasnya dengan kebaikkan juga, begitu juga sebaliknya. Cumanya kita tidak tahu bila? bagaimana? di mana? dengan siapa? kita memperolehinya kembali. ‘Ala kulli hal, berbuat baiklah kepada orang lain sebelum kita mahu orang lain buat baik kepada kita. Walahu’alam.
Jun 2, 2011 at 12:40 pm
Sejuk sikit bila sya baca artikle ni..tpi knpa kdang2 bila kita gembirakan hati org hati kita yg sakit dan x gembira mcm x dihargai pun ada jugakk 😦