Kita adalah apa yang selalu kita fikirkan. Anda tidak jadi hebat andai anda tidak pernah berhasrat untuk menjadi hebat. Percayakah anda dengan kelebihan akal dan minda yang kita ada ini kita sebenarnya mampu untuk melakukan jauh berjuta-juta kali ganda daripada apa yang kita lakukan sekarang?

Sel-sel neuron yang tersimpan di dalam memori kita ini adalah berjumlah berbilion-bilion banyaknya. Dan kajian yang terbaru mendapati ianya sudah mencecah ke angka trillion! Dan anda juga hanya memerlukan 3 atau 4 sel neuron sahaja untuk menyamai kehebatan memori sebuah komputer tercanggih di muka bumi ini. Hah, tidakkah benar jika saya katakan bahawa kita mampu untuk melakukan jauh lebih berharga dan hebat daripada apa yang kita  sering sangkakan?

Justeru, kenapa kita tidak pernah terfikir untuk memaksimakan penggunakan kuasa terbesar yang telah sedia kita ada pada kita ini?

  1. Penuhkan minda dengan rangsangan-rangsangan yang aktif – Kita selalu jadi boring, anda akan kadang-kadang merasakan hidup ini bosan, tidak bermaya dan kurang bererti adalah lantaran kurangnya perancangan yang bersikap positif dalam hidup anda. Isikan segenap masa di dalam ruang hidup anda dengan pelbagai aktiviti yang benar-benar merangsang minda. Banyakkan berfikir. Dalam membaca, juga kita akan gunakn minda kita untuk berfikir. Dalam melihat alam hebat ALLAH ini juga kita digalakkan untuk berfikir. Berfikir dan terus berfikir adalah sifir besar untuk anda terus membentuk rangsangan aktif daripada luar!
  2. Stabilkan emosi dalam tindakan – Perkara ini kita selalu tidak perasan. Emosi sering berkait rapat dengan natijah dan hasil yang kita peroleh. Anda tidak akan jadi hebat, awak tidak akan mampu untuk menjadi seorang yang benar-benar digelar ‘super power’ sekiranya anda masih gagal dalam mengenal ‘ruang emas emosi’ anda. Ruang emas emosi saya mudahkan dengan kehebatan anda dalam mengawal emosi tatkala anda berhadapan dengan sesuatu masalah,  cabaran yang benar-benar hebat, dugaan yang amat menguji anda. Gunakanlah peluang ini untuk menguji dan melihat sejauh mana kekuatan diri anda. Siapa anda dan di mana anda sekarang,  maka lihatlah bagaimana emosi anda dikawal tatkala itu.
  3. Kuatkan azam dan tekad – Anda akan benar-benar menjadi apa yang anda impi-impikan di dalam hidup ini sekiranya anda punya azam, cita, hasrat dan impian yang benar-benar kuat. Angan yang main-main selalunya akan menghasilkan keputusan yang main-main juga. Jadi, mulai saat ini, jadikanlah setiap hajat dan matlamat anda itu suatu misi  dan visi yang wajib dikejar. Kejarlah bersungguh-sungguh. Anda pasti Berjaya!