Dua perkara untuk kita laksanakan dalam aktiviti-aktivi seharian kita. Kalau boleh, sesibuk mana sekali pun, dua perkara ini janganlah tinggal.

Pertama, banyakkan istighfar. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan  ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

Bahkan dengan istighfar itu juga mampu memberi sinar-sinar kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa dan rohani kita, selain menghapuskan sedikit-sedikit dosa-dosa kecil yang bertapak di dasar hati.

Kedua, hargailah masa. Abdullah bin Umar berkata:

“Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang.” (Hadis Bukhari)

Masa ini ibaratnya sebuah nyawa yang akan kita bawa ke mana-mana. Justeru, hargailah ianya semampu yang mungkin. Sekali ia pergi, ia tidak akan lagi kembali, walaupun sekali, walaupun hanya untuk menjengah.

Selamat bekerja, selamat berehat-rehat. Selamat maju jaya.

Salam bahagia daripada saya!