Kebergantungan kita kepada Allah selalu kita abaikan, tak kerap kita sedar bahawa apa yang kita benar-benar hendak itu, apa yang kita selalu impi-impikan adalah di bawah kerja dan aturan Tuhan.

Jadi. Kenapa mesti takut? Kalau Allah kata ya, maka jadila ia. Tak perlu takut, jangan bimbang, kak, bang, dik.

Dalam meniti hari-hari sebagai seorang hamba, anda memang tidak boleh lari daripada rasa takut, hiba, dan prasangka yang bukan-bukan kepada apa yang dikata sebagai sebuah kehidupan. Betul?

Namun, sejauh mana sifat itu akan terus kita kekalkan? Sampai bila anda nak simpan segala rencam perasaan tersebut?

Berubahlah, bermula daripada saat ini. Marilah kita buang sejauh-jauhnya segala  yang giat bersarang di dalam kotak alihan minda kita. Ubahlah, dik. Kalau tak awak, siapa lagi.

2 sikap yang mesti kita buang jauh-jauh :

  1. Prasangka yang menebal pada setiap aturan Tuhan. Percayalah, setiap apa yang Allah takdirkan di atas bumi ini adalah yang terbaik untuk kita sebagai seorang hamba. Yang nampak macam baik dan sempurna itu, belum menjamin kesenangan yang berkekalan sepanjang masa. Begitu juga sebaliknya.
  2. Takut untuk menempuh kegagalan. Kegagalan bukan bermakna jatuh selama-lamanya. Jatuh sekali, maka bangkitlah sepuluh kali. Andai sepuluh kali anda rebah, maka bangunlah beratus-beratus kali. Itulah sifir orang berjaya.

Percayalah, setiap daripada kita ni Allah dah tentukan kejayaan, kehebatan, dan kegagalannya di dalam hidup. Kalau anda hendakkan kejayaan itu, maka lakukanlah usaha-usaha keras ke arah itu. Andai gagal yang anda impi-impikan, maka laksanakanlah gerak kerja ke arah itu juga. Anda yang pilih.

Allah itu adil. Maha saksama memberi rezeki dan nikmat kepada sekalian hamba-hambanya. Marilah kita beroleh manfaat daripada hadiah dan anugerah-anugerah tersebut.

Jadilah kita orang yang paling beruntung di atas muka bumi ini.