Permulaan ke arah sesuatu yang baik-baik selalunya memerlukan suatu kejadian yang benar-benar menginsafkan mereka.

Seorang penagih dadah biasanya tidak akan berhenti menagih, melainkan setelah dia sendiri merasa azab kematian.

Seorang penjenayah teramat sukar untuk menghentikan sikap mereka melainkan setelah ditangkap dan dihukum oleh pihak berkuasa.

Seorang penghisap rokok mungkin juga terlalu susah untuk menghentikan tabiat buruk mereka itu, melainkan mereka telah disahkan menghidap kanser paru-paru atau lain-lain penyakit yang menyedarkan mereka.

Seorang anak yang tidak pernah mendengar kata kedua-dua orang tuanya mungkin tidak akan tersedar melainkan setelah kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

Jadi bang, kak, dik, sebelum semua perkara itu berlaku, marilah kita lekas sedar. Kita bahagiakan semua orang di sekitar kita.

Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.