Memang ada orang yang kerjanya mengata orang aje. Kata orang salah itu, tak sempurna inilah. Tapi, hakikatnya, dia tu betul ke di semua hal?

Kita ni dalam hidup perlu ingat satu perkara, tak ada manusia yang cukup sempurna serba-serbi. Kita bukan nabi, kak. Jadi, yang awak nak kata orang itu dan ini tu kenapa, dik?

Mana yang tak elok, mana yang rasanya tak sedap dipandang, tak enak didengar, maka bincang dan tegurlah dengan cara yang berhikmah. Nak tegur pun, buatlah elok-elok.

Nak jadi pendakwah bukannya main maki-maki, jerit-jerit. Salah tu, bang. Bila kita buat macam tu, maknanya kita ni sama aje macam mereka. Jadi, tegurlah elok-elok. Tak payah nak mengata itu dan ini.

Lumrahnya masyarakat masa kini, mereka lebih suka mengata belakang. Ya, banyak kes dan masalah yang saya jumpa di kalangan masyarakat Malaysia seperti ini. Bila awak tak puas hati dengan Mak Leha tu, awak jumpa dia, cakap baik-baik kat dia, kemudian settlelah elok-elok, bukan mengata di belakang dia.

Jadi, sahutlah seruan kerajaan kita. Kalau dah selalu kita sebut satu Malaysia, maka kita buatlah tindakan yang seiring dengan matlamat itu. Berbaik-baik sesama jiran, teman dan saudara. Buang keruh, ambil yang jernih.

Tak guna gaduh-gaduh. Tak guna mengata orang selalu, sebab awak pun bukannya cukup sempurna . Nanti kat akhirat awak dua-dua juga yang rugi.

Salam motivasi daripada saya!