Sabar itu sifat yang amat dituntut. Sikap yang sangat dipuji. Dalam kita melalui apa punlah dugaan hidup, peganglah pada satu prinsip bahawa menahan sabar, memberi maaf itu adalah kunci kepada segala kelemahan diri.

Anda yang mahukan kesempurnaan dalam hidup memang susah. Susah, dik. Nak cari manusia yang perfect  seratus peratus biasanya susah nak jumpa. Anda pun macam tu juga. Betul?

Jadi, kita ni sebagai orang yang boleh berfikiran waras, maka terimalah setiap keadaan dan situasi itu seadanya. Musibah itu sekadar ujian. Medan untuk melihat sejauh mana kehebatan diri anda.

ALLAH berfirman  dalam surah asy-syura  ayat 43 : tetapi barang siapa bersabar dan memaaafkan,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.

Bang, dik, kakak-kakak semua, carilah kesempurnaan untuk diri anda sendiri. Orang lain mungkin tak nampak,  tapi anda sendiri yang mampu untuk melihat sejauh mana kesempurnaan diri anda.

Carilah kebahagiaan dalam hidup. Menitilah titian pancaroba dunia dengan penuh kesabaran, kerana di situlah kunci kebahagiaan  dunia dan akhirat.