Masalah remaja hari ini ialah terlalu cepat untuk mengikut rakan. Nampak kawan ada kekasih, dia pun nak juga.

Berkasih, bercinta itu tak salah, dik. Yang salah itu ialah lari matlamatnya.

Jadi, bila anda dah mula rasa nak masuk ke alam percintaan ini maka pasanglah niat anda. Betulkan kembali tujuan asal anda bercinta.

Andai matlamatnya ialah sekadar mahu bersuka-suka, atau untuk merasa dikasihi dan disayangi sahaja, salah tu niatnya.

Perlu dibeza antara keperluan dan keinginan. Kejarkanlah yang perlu dahulu, insyaAllah apa yang anda inginkan akan tercapai di kemudiannya, percayalah.

Ubah niat anda, pasanglah niat yang benar-benar ikhlas dan jujur. Bercintalah semata-mata untuk memupuk  lagi rasa tanggungjawab anda kepada pasangan, untuk Maha Pencipta dan juga buat seluruh anggota masyarakat.