Dalam kerancakan kita melihat pelbagai aksi menarik sejak bermulanya Sukan Komanwel New Delhi ketika ini, mari kita mengambil sedikit motivasi daripada apa yang telah berjaya dilakukan oleh atlit kita.

Ya, sejak emas pertama yang telah berjaya dikutip oleh kontinjen negara kita melalui Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara angkat berat kategori 56 kilogram, kita sebagai rakyat Malaysia boleh mampu untuk terus mengukir senyuman dengan melihat beberapa lagi atlit yang turut mengikut jejak Amirul.

Semalam, seorang lagi rakannya, Arrico Jumith dari Sabah berjaya menambah lagi koleksi emas buat pasukan Malaysia. Hah, tak ke hebat rakyat Malaysia! Kedua-duanya daripada acara angkat berat.

Bang, kak, dik, kalau anda selalu katakan orang Malaysia  ini lemah, jika anda selalu dengar orang sebut bangsa kita ni mudah dihinjak-hinjak oleh kaum asing, maka kitalah yang mesti merubah. Kita tak boleh harapkan orang lain, kita kan rakyat Malaysia. Jadi, kitalah yang bertanggungjawab.

Buat Amirul dan Arrico, saya ucapkan tahniah dan syabas. Buat anda di luar sana, sekarang adalah giliran anda. Naikkan martabat bangsa kita, kembalikan kegemilangan negara kita, di mana-mana pun, andai anda punya kemahuan yang tinggi, anda pasti berjaya.