Hendak betul-betul cemerlang dalam hidup ni memang payah. Susah, kak kalau kita betul-betul nak puaskan hati orang. Hati orang, bukannya hati kita. Kalau hati dan perasaan kita yalah senang. Betul?

Kalau kita asyik berbicara macam mana nak jadikan orang lain ni rasa gembira dengan setiap hasil kerja kita, itu memang tak akan ada habisnya. Hari ini orang itu kata ini, hari esok orang ini kata itu pula. Sudahnya, bila nak habis!

Jadi, tip seterusnya untuk dapatkan betul-betul kecemerlangan dalam hidup anda ialah dengan maju dan terus maju. Gerak ke depan. Bahasa lainnya, ketepikan semua kata-kata orang.

Orang lain ni boleh membina kita, tapi kadang-kadang itu boleh juga meruntuhkan kita. Jadi, untuk anda yang masih mencari-cari identiti diri anda, yang masih tercari-cari siapakah diri anda, maka teruskanlah dengan matlamat anda.

Ya, dengar kata orang, lihatlah pandangan orang, tapi tak semua wajib didengar. Dengar itu boleh, tapi percaya itu, tak semua yang boleh.

Selamat maju jaya. Salam keterbilangan. Saya doakan anda terus cemerlang!