Bila anda rasa sedih, cuba ingat kembali masa kanak-kanak. Mesti happy, mesti ceria, mesti gembira punyalah. Tak percaya? Cubalah buat.

Bang, kak, dik, anda semua di luar sana adalah dilahirkan dengan sendirinya untuk ceria, hebat dan matang dalam mendepani segala masalah dunia. Kalau asyik nak marah-marah kawan tu matang ke, dik?

Jadi, satu petua untuk anda rasa gembira sangat ialah cuba ingat kembali masa zaman kanak-kanak dulu. Mudahnya, zaman budak-budaklah.

Ya, bila ingat masa kita main-main lastik burung tu, rasa seronok saja. Betul? Ada kawan tu bila ingat-ingat masa kena kejar dengan Pak Mat sebab curi duriannya yang gugur, rasa nak senyum aje memanjang. Betul kan?

Saya ni sentiasa nak melihat anda, dan saya juga khususnya terus ceria. Bila anda gembira, segala perkara yang dihaslkan akan lebih sempuna. Dan bila kerja itu sempurna, ramai yang  suka. Bila ramai orang suka,senanglah nak naikpangkat. Mudah, dapat jadi calon menantu. Eh, gurau-gurau.

Selamat berbahagia. Salam ceria daripada saya. Senyumlah kak, anda pasti nampak lebih muda.