PUASA adalah medan untuk kita sentiasa meningkatkan iman dan takwa kita. Ruang-ruang kemaafan dan pintu-pintu ke arah ketenangan sentiasa terbuka di bulan baik ini. Jadi, mengapa kita tidak mahu merebutnya?
Abang, kakak, adik-adik semua, saya sentiasa menasihatkan anda dan diri saya sendiri khususnya, bahawa di bulan ramadhan inilah seharusnya kita jadikan diri kita lebih baik daripada sebelum-sebelumnya.
Kalau sebelum ini orang kata perangai kita ni dah macam syaitan, di bulan-bulan baik ni apa salahnya kita buang semua tanggapan negatif mereka itu.
Kita buktikan kepada jiran-jiran kita, kepada kawan-kawan kita, bahawa kita nak berubah. Tunjuk kat saudara mara anda juga bahawa anda dah tak macam dulu,
Jadikan ramadhan sebagai madrasah untuk anda melompat ke arah keterbilangan. Selamat berubah!
Tinggalkan Jawapan