BERHABUK? Sekian kalinya saya mengatur kesyukuran buat Yang Maha Esa atas limpahan rahmat serta kurnianya.

Dengan kemudahan dariNya saya masih lagi berpeluang untuk menyambung nafas-nafas saya di atas muka bumi ini, membuang sedikit-sedikit habuk yang mula bertapak di ruangan SangMentari.

Beberapa ketika saya tidak meninggalkan jejak di sini adalah lantaran kesibukan hidup sebagai seorang manusia.  Saya juga tidak terlepas daripada itu.

3 perkara untuk kita sentiasa menghargai waktu :

  1. Mendahulukan perkara yang utama dan lebih penting dalam apa jua urusan.
  2. Jangan bertangguh. Sikap bertangguh hanya akan mengundang kepada seribu satu pekerjaan di waktu lain. Lakukanlah sekarang!
  3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya suka ungkapan ini. Kalau anda nak, anda akan dapat. Lakukanlah tanpa ada banyak alasan. Hargailah setiap waktu anda.