ADA orang marahnya biasa aje. Orang lain pula marahnya tu luar biasa sangat. Setiap orang punya tahap kemarahannya yang tersendiri. Betul?

Cuma bagaimana mereka meluahkan dan cara mereka mengawal kemarahan mereka. Itu sahaja yang membezakan. Kalau kita fikir-fikir untuk apa kita ni marah, bang? Perlu ke nak marah-marah ni, kak?

Ya, bila kita marah, fisiologi badan kita secara automatik akan memberi sedikit kelegaan. Bila anda marah, anda telah cuba untuk melepaskan segala tekanan yang ada di dalam diri anda. Namun, betul ke tindakan itu, dik?

Salah satu ciri orang yang mahu dilabel sebagai manusia berjaya, mereka wajib mengawal emosi. Mengawal emosi di sini termasuklah berjaya mengawal tahap kemarahan mereka. Bila nak diuji? Kita akan diuji tahap kemarahan kita ni bila kita disakiti, dikhianati, di permainkan dan apa-apa juga yang tidak elok daripada teman, kawan, saudara dan siapa-siapa sahaja.

Jadi, anda yang nak jadi manusia hebat. Yang tak mahu lekas dilabel manusia gagal, kawallah marah anda. Marah itu tak salah dik, marahlah sana. Yang salahnya ialah marah yang berlebih-lebihan.

Orang lain pun marah jugak, tapi taklah seteruk marahnya awak tu.

Selamat berbahagia. Jom senyum!