MENCUBA itu tak salah. Cubalah banyak kali, tak ada siapa berhak untuk mentertawakan anda.

Satu petua untuk kita berjaya ialah mencuba sehingga ke suatu tahap yang disebut berjaya. Ya, orang yang sentiasa memandang ke arah kecemerlangan, dia tidak pernah mengenal perkataan putus asa. Cuba, cuba dan terus mencuba.

Pernah tengok sekumpulan semut yang melata di merata tempat? Selalu lihat kan bagaimana mereka bekerjasama mengangkat cebisan makanan, manisan atau sebagainya. Cuba ambil cerita baik daripada tauladan si semut-semut itu.

Bila kita kacau mereka, kita tiup-tipu merekalah contohnya, mereka akan bertempiaran ke sana sini, kemudian tak lama kita akan lihat mereka akan kembali membuat kumpulan yang sama seperti tadi, sama-sama lagi melakukan kerja yang sama. Hanya ajalnya sahaja yang memisahkan tindakan mereka itu.

Jadi bang, kak, dik. Kalau semut boleh buat macam itu, malulah kalau kita tak mampu buat seperti itu? Sama-sama kita berfikir. Mari-mari kita berusaha, cuba dan terus mencuba… sampai berjaya.