ASSALAMUALAIKUM puan-puan, kakak-kakak dan adik-adik semua. Hari ni kita cerita pula apa dia khasiat dan rahsia tomato untuk kecantikan. Bercakap soal kecantikan ni rasanya  tak akan habis. Semua orang nak cantik. Semua wanita nak rasa dilihat anggun, menawan dan menarik. Betul?

Saya kongsikan beberapa keistimewaan tomato, khusus untuk penjagaan kulit wanita dan juga lelaki, supaya anda kelihatan lebih berseri dan lebih segar.

Banyak pendapat dan kajian yang saya temui mendapati bahawa tomato amat berkesan dalam menangani masalah kulit khususnya dalam penjagaan kulit. Tomato didapati berkesan untuk mengecilkan liang roma pada kulit dan seterusnya mampu mengurangkan masalah jerawat pada wanita mahu pun lelaki.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit kulit. Ini semuanya berkaitan dengan elemen penyejuk yang terdapat di dalam tomato. Elemen penyejuk ini juga mampu untuk menyejukkan kulit yang kasar agar menjadi lebih lembut.

Tambahan pula, tomato juga mengandungi vitamin A dan vitamin C. Vitamin A dan C ini mampu bertindak untuk mencerahkan kulit yang lesu dan kusam dan juga tentunya dapat  mengembalikan keremajaan kulit.

Antara tips yang boleh digunakan ialah dengan mencampurkan satu sudu jus tomato segar. Boleh juga dicampur sama dengan dua hingga tiga titik jus limau. Sapukan campuran tersebut dengan menggunakan kapas pada kulit wajah. Kemudian, urut perlahan-lahan. Biarkan selama sepuluh sehingga lima belas minit sebelum membilasnya dengan menggunakan air suam bagi mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka pada wajah anda.

Selamat ceria, selamat kelihatan muda, selamat untuk dilihat remaja. Salam penuh kejayaan daripada saya!