Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah” – Jose Joaquin Olmedo

ANDA kenal dengan Jose Joaquin Olmedo? Beliau merupakan anak kepada salah seorang kapten di Sepanyol, dan kemudiannya menjadi Presiden Ecuador dari 6 June 1845 hingga 8 Disember 1845.

Saya suka kata-katanya. Kita tidak akan kenal apa itu kemenangan, andai kita telah bersedia untuk kalah.

Betul, buatlah apa-apa pun kerja. Besar atau pun kecil. Selagi anda tidak punya keinginan untuk menang, selagi anda tidak ada impian untuk berjaya dalam kerja itu, anda pasti akan gagal.

Buatlah apa pun matlamat, kerja, dan misi. Pasanglah niat benar-benar kukuh. Yakin bahawa anda boleh berjaya, percaya bahawa anda boleh sukses dalam tindakan anda.

Anda pasti berjaya.