BERANI menempuh hidup adalah suatu skill yang perlu kita semua garap. Kita tidak akan berjaya jika kita tidak punya sikap seorang pejuang. Maksud pejuang saya ini adalah sikap menegakkan hak kita sendiri.

Saya bukannya nak bercerita soal politik atau menyentuh bab-bab kewarganegaraan, kak, bang. Cuma dalam menempuh apa pun juga cabaran dan kesusahan hidup ni, kita sebagai manusia itu perlu bangkit. Bangun di sini membawa erti kita berani menyahut cabaran. Kita juga wajib berani memberi cabaran kepada diri kita sendiri.

“Ya, aku cabar kau untuk bangkit daripada masalah ini!”

Hah, buatlah macam ni, dik. Tiap kali anda didepani dengan masalah, tak kiralah besar mahu pun kecik, anda sendiri yang berhak untuk bangunkan semula diri anda. Anda tak boleh harap orang lain.

Cabarlah diri anda sendiri. Jerit kuat-kuat di dalam hati. Anda sendiri tahu akan kemampuan diri anda, bukan orang lain.

Betul, mak bapak membantu aje di rumah. Cikgu-cikgu mungkin akan menolong di sekolah. Kawan-kawan pula mungkin ada yang nasihat-nasihat. Tapi kita yang mesti ubah. Ya, kita bukan orang lain.

Bangkitlah, bangunlah… Anda pasti berjaya!