ASSALAMUALAIKUM kak, bang, dik. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat-sihatlah hendaknya. Cerialah, kak, cerialah pak cik, cerialah mak cik, gembiralah semampu yang mungkin. Hanya anda yang berhak menggembirakan diri anda. Bukan orang lain.
Hari ini kita sambung perkongsian yang menarik. Best untuk anda yang sedang, yang akan dan yang sibuk-sibuk nak rasa bercinta ni. Macam mana nak kenali siapa pasangan kita?
Orang lahir bulan Januari ni, bang, orangnya mudah jatuh cinta, mudah juga melupakan pasangannya sekiranya dia dilukai. Bahaya ni. Lagi, mereka juga biasanya romantik, cuma jarang memperlihatkannya di hadapan pasangan, agak diam ketika bertemu pasangan, pandai mengambil hati pasangan, sangat cemburu kepada pasangan namun tidak kisah andai pasangannya cemburu terhadapnya pula.
Orang yang lahir bulan Januari juga biasanya seorang ibu atau ayah yang amat penyayang, ramai sahabat kenalannya dan amat bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.
Februari pula? Orang yang lahir bulan dua ni sukar pula nak jatuh cinta, amat jujur dan berterus terang di dalam perhubungan, juga amat menghormati pasangannya, suka memikat pasangannya. Orang bulan Februari juga selalu nekad demi untuk bersama pasangannya. Mereka juga patuh dan selalu menjaga hati pasangannya, sangat romantik pada dalaman dan bukannya luaran, ini hanya pasangan sahaja yang mengetahui.
Untuk anda yang punya pasangan yang lahirnya bulan Mac pula. Orang bulan tiga ni sentiasa ingin didampingi pasangan, sentiasa nak rasa diberi keistimewaan daripada pasangan, senang untuk menawan hati kekasihnya, sangat manja dan selalu ingin rasa dimanjai.
Orang bulan tiga juga ni, dik, kadang-kadang tu amat mudah untuk memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras, amat sukar juga melupakan pasangan yang dicintai, amat baik dalam menjaga hubungan dan mempunyai tahap cemburu yang minima. Biasanya macam ni, tapi tak semua ya.
Bulan lima pula, orangnya amat mudah untuk jatuh cinta, mudah menerima cinta, biasanya tepat dalam memilih pasangan itu, mudah juga untuk dipujuk. Orang yang lahir bulan Mei ni biasanya amat menjaga hubungan mereka, baik dan jujur dalam perhubungan, mendalam cintanya terhadap pasangan, pandai menarik hati pasangan, sering dahagakan kasih sayang daripada pasangannya dan juga mereka bijak untuk mengawal hidup pasangannya.
************
HAH, kan senang kalau kita dah tahu serba sedikit tentang gaya hidup, perangai pasangan kita. Hidupnya kita ni bersama mereka bukan untuk setahun dua, bahkan kalau boleh hingga ke akhir hayat, jadi memahami hati budi mereka itu adalah amat perlu, untuk kebahagiaan yang berkekalan.
Kita menerima, kita mengambil ilmu-ilmu di mana-mana tentang sikap pasangan kita itu tak salah, yang salahnya ialah kita menerimanya bulat-bulat, kemudian tak berbuat apa-apa. Kajian tak semsetinya tepat. Tapi kajian itu akan menjadikan setiap hidup kita lebih mudah, bertambah ilmu dan menjadikan kita mampu menjadi manusia yang lebih bertamadun.
Sayangilah pasangan anda, kerana kehadiran mereka adalah anugerah, setiap anugerah itu Allah bagi tidak hanya dengan sia-sia.
Maka jadilah kita manusia yang paling bersyukur. Alhamdulillah.
Julai 4, 2010 at 5:18 pm
salam…well i xinterested 2 nuw ur entry but i ave question special 4 u.
scene 1: u jupe pompuan yg kuat agama but hodoh n gemuk
scene2 : u jupe pompuan yg xkuat agama but cantik n putih
so,laki yg kuat agama macam u ni nak pilih yg maner?please answer my question
Julai 4, 2010 at 11:22 pm
Assalamualaikum.
Sejujurnya, saya akan memilih yang lebih baik agamanya. Cantik rupa itu nilaian manusia. Sampai masanya nanti, kita semua akan menuju ke suatu tahap yang dipanggil usia tua. Andai kecantikan rupa yang dijadikan garis panduan dalam mencari cinta, tatkala ini cinta kita akan berubah. Cinta macam ni tak akan kekal.
Jadi, carilah cinta sejati, cinta hakiki, cinta berkekalan, cinta yang boleh membawa kita ke sana nanti. Bila sempurna agamanya, yang lain pun akan nampak sempurna.
Ini hanya pandangan peribadi saya. Maaf andai kurang disenangi.
p/s Bagi saya, buruk rupa, gemuk, warna kulit dan sebagainya itu bukan masalah. Kerana isteri yang menyejukkan hati itu adalah jauh lebih bermakna buat seorang suami.
Julai 5, 2010 at 3:58 pm
well…this is very22222 common answer from guys…like drama cinta sempurna…
dah lali jawapan mcm tu…1 ustaz pun blh fall in luv w lawyer which is so sexy n very intelligent, i like 2 debate but since u r so common…nothing special…i looks 4 someone smart student to give the answer…..
1) kalau org kristian sembah patung n kenapa plak orang islam sembah kaabah?
dis question derived from my uncle..so wat the best answer dat u can give 2 me?
please reply via my email…
Julai 20, 2011 at 7:23 pm
..sbenarnye lelaki2 yg normal semua nak yg cantik n seksi..itu tidak boleh dinafikan..benda nie dah memang jd fitrah kaum lelaki..same jugak macam makan nasi sedap n x sedap..law bg kat sume org mesti diorg nak pilih yg sedap..act dlm Al-Quran Allah tidak melarang utk menikmati kesenangan dunia..Allah mengiktirafnya sbagai perhiasan dunia..law sy sy akan bfren with pompuan yg cantik n putih tu n cuba lah bawa die kepada Allah..law x berjaya kena doakn supy die dpt hidayat sembahyang hajat ka..Jiwa seseorng boleh diubah drpd kufur kpd iman..tetapi hodoh n gemuk tidak boleh diubah menjadi cantik n putih..plastic surgery pon banyak yg buruk dr yg baik..
Julai 6, 2010 at 3:17 pm
salam…
harapnye SangMentari tidaklah ditemukan dgn dua scene tersebut…sbb saya yakin…tiap lelaki punya naluri inginkan kecantikan….ramai saja gadis yang sempurna agama dan cantik….kalau kuat agama…tapi xcntik…dah pasti sang lelaki tidak tertarik…namun…pandanglah pada agama..kemudian barulah paras rupa….(mestilah ramai lelaki mahukan yang cntik kann?? ;)…)carilah yang menyejukkan mata..yang seksi sudah pasti menyakitkan mata…betul tak??hehe….
p/s:orang islam tak sembah kaabah…hehe…ayat salah tulis kot…hehe
Julai 6, 2010 at 10:40 pm
Assalamualaikum.
Saya suka cara dan pandangan kamu. Lelaki mahukan yang terbaik sebagai pendamping hidupnya dunia dan akhirat. Yang terbaik tentunya bukan sahaja luaran, bahkan dalaman juga perlu ada. Lelaki yang baik biasanya akan memilih muslimah yang baik sebagai teman hidupnya. Cantik rupa dan indah peribadinya (biasa macam ni, tapi tak semua).
Nabi pun ada sebut dalam riwayat daripada Abu Hurairah r.a., “Wanita dinikahi karena empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.”
p/s Jadi, saya memilih agama sebagai asas, disamping kecantikan rupa sebagai sampingannya. Semoga Allah temukan saya dengan insan seperti ini. Amin, ya Rab!
Julai 20, 2011 at 7:33 pm
2) Org Islam x sembah Kaabah.. Kaabah tu cuma petanda sj supy senang org islam nak hala muka bile sujud..dlm Kaabah xde ape2 patung kerana nabi dah buang semua..cuma ade tiga tiang untuk menyokong atap Kaabah..act Kaabah pernah hancur lebur diserang oleh catapult tentera kerajaan bani ummayah ketika perang saudara antara gabenor Hajjaj n sahabat nabi Abdullah bin Zubair..waktu itu org islam still boleh sembahyang walau xde Kaabah..Hajarul Aswad juga pernah dicungkil n disembunyi di bahrain law x silap tp xde3 ulama suruh pergi cium batu tu kat negara tu..n org Islam tidak menyembah ape2 objek dlm alam kerana Allah tidak terikat dgan ruang n masa..sebelum berlaku Big Bang ruang n masa x wujud itu buktinya..
Disember 16, 2011 at 8:52 am
Kalau pasangan kita lahir pada bulan april apa plak?
Disember 8, 2013 at 4:11 pm
kLau psangan keyta lAhir bLan jUn mcm mNa pLak ?
Jun 14, 2014 at 4:33 am
It’s going to be ending of mine day, however before end I am reading this impressive
article to increase my knowledge.