ASSALAMUALAIKUM kak, bang, dik. Apa khabar semua? Harap anda semua sihat-sihatlah hendaknya. Cerialah, kak, cerialah pak cik, cerialah mak cik, gembiralah semampu yang mungkin. Hanya anda yang berhak menggembirakan diri anda. Bukan orang lain.

Hari ini kita sambung perkongsian yang menarik. Best untuk anda yang sedang, yang akan dan yang sibuk-sibuk nak rasa bercinta ni. Macam mana nak kenali siapa pasangan kita?

Orang lahir bulan Januari ni, bang, orangnya mudah jatuh cinta, mudah juga melupakan pasangannya sekiranya dia dilukai. Bahaya ni. Lagi, mereka juga biasanya romantik, cuma jarang memperlihatkannya di hadapan pasangan, agak diam ketika bertemu pasangan, pandai mengambil hati pasangan, sangat cemburu kepada pasangan namun tidak kisah andai pasangannya cemburu terhadapnya pula.

Orang yang lahir bulan Januari juga biasanya seorang ibu atau ayah yang amat penyayang, ramai sahabat kenalannya dan amat bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja.

Februari pula? Orang yang lahir bulan dua ni sukar pula nak jatuh cinta, amat jujur dan berterus terang di dalam perhubungan, juga amat menghormati pasangannya, suka memikat pasangannya. Orang bulan Februari juga selalu nekad demi untuk bersama pasangannya. Mereka juga patuh dan selalu menjaga hati pasangannya, sangat romantik pada dalaman dan bukannya luaran, ini hanya pasangan sahaja yang mengetahui.

Untuk anda yang punya pasangan yang lahirnya bulan Mac pula. Orang bulan tiga ni sentiasa ingin didampingi pasangan, sentiasa nak rasa diberi keistimewaan daripada pasangan, senang untuk menawan hati kekasihnya, sangat manja dan selalu ingin rasa dimanjai.

Orang bulan tiga juga ni, dik, kadang-kadang tu amat mudah untuk memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras, amat sukar juga melupakan pasangan yang dicintai, amat baik dalam menjaga hubungan dan mempunyai tahap cemburu yang minima. Biasanya macam ni, tapi tak semua ya.

Bulan lima pula, orangnya amat mudah untuk jatuh cinta, mudah menerima cinta, biasanya tepat dalam memilih pasangan itu, mudah juga untuk dipujuk. Orang yang lahir bulan Mei ni biasanya amat menjaga hubungan mereka, baik dan jujur dalam perhubungan, mendalam cintanya terhadap pasangan,  pandai menarik hati pasangan, sering dahagakan kasih sayang daripada pasangannya dan juga mereka bijak untuk mengawal hidup pasangannya.

************

HAH, kan senang kalau kita dah tahu serba sedikit tentang gaya hidup, perangai pasangan kita. Hidupnya kita ni bersama mereka bukan untuk setahun dua, bahkan kalau boleh hingga ke akhir hayat, jadi memahami hati budi mereka itu adalah amat perlu, untuk kebahagiaan yang berkekalan.

Kita menerima, kita mengambil ilmu-ilmu di mana-mana tentang sikap pasangan kita itu tak salah, yang salahnya ialah kita menerimanya bulat-bulat, kemudian tak berbuat apa-apa. Kajian tak semsetinya tepat. Tapi kajian itu akan menjadikan setiap hidup kita lebih mudah, bertambah ilmu dan menjadikan kita mampu menjadi manusia yang lebih bertamadun.

 Sayangilah pasangan anda, kerana kehadiran mereka adalah anugerah, setiap anugerah itu Allah bagi tidak hanya dengan sia-sia.

Maka jadilah kita manusia yang paling bersyukur. Alhamdulillah.