ANDA jadi tak kuat sebab anda tak cukup power. Power ke tak anda adalah bergantung kepada berapa hebat anda menggunakan kekuatan dalam minda anda. Segala yang anda mahukan berlaku pada diri anda akan bermula dari situ.

Dalam hidup kita kena sentiasa bersemangat. Dan motivasi paling kuat untuk mengekalkan kecemerlangan kita itu adalah motivasi yang lahir dari dalam diri kita sendiri. Kita akan jadi manusia paling kuat kalau kita berjaya menguasai diri. Barulah dikata hebat, barulah power!

Percayakah anda bahawa setiap apa yang anda mahukan ianya berlaku itu sebenarnya anda sendiri secara tidak langsung telah berusaha ke arah itu, walau pun anda sendiri tidak pernah menyedarinya?

Bila anda mahukan sesuatu itu berlaku, minda anda akan bekerja keras, anggota juga akan menjalankan tugasnya seperti mana yang dirangsang dan diberi input daripada otak. Anda akan mula bergerak dan terus bekerja ke arah itu.

Lagi kuat minda anda bekerja, atau dalam erti kata lainnya, lagi kuat imaginasi dan keinginan anda tetapkan, lagi besarlah peluang impian dan cita-cita itu untuk tercapai.