JANGAN marah-marah, kak, bang, dik. Orang yang marah-marah ni ialah orang yang mahu dia cepat tua. Kita yang tak mahu kelihatan tua-tua ni senyumlah, gembiralah, happylah, tenanglah mendepani segala cabaran dan halangan hidup.

Betul. Kita kalau nak marah senang aje. Kalau nak sedih pun senang aje. Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah.

4 petua untuk kita sama-sama ambil ilmunya. Bagaimana untuk dapat tenang. Jom!

  1. Tarik nafas dalam-dalam – Langkah pertama bila anda sedang marah-marah, bila mood jadi tak stabil, cuba tarik nafas dalam-dalam, kemudian simpan dalam sekejap nafas tu. Kemudian, hembuskannya pula perlahan-lahan. Langkah ini ramai orang dah buat. Hasilnya pun dah ramai yang nampak. Buatlah, anda akan dapat hasilnya nanti.
  2. Mandi – Yang ini pun penting. Bila rasa nak marah aje kat orang, cuba anda mandi. Air ini biasanya akan memberi suatu kelegaan yang tanpa disangka-sangka. Bila anda mandi, air yang mengena pada tubuh anda akan segera menghilangkan segala kekusutan yang melanda jiwa dan mental. Saya sendiri dah buat banyak kali. Ternyata, ianya amat berkesan.
  3. Tidur sejenak – Kita jadi moody, kita jadi tak ada semangat sebab emosi kita sedang tidak stabil. Dan mental kita jadi tak stabil itu adalah lantaran fikiran kita penat. Bila letih, segala yang kita buat akan dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Yang mudah akan jadi susah. Yang patutnya gembira, jadi nak marah-marah. Jadi, dapatkan rehat yang secukupnya. Cuba tidur sejenak. Tak dapat lama, sekejap pun jadi. Anda pasti akan dapat kembali kesegaran anda.
  4. Bersama Wuduk – Dalam apa-apa pun hal, biasakan untuk bersama air sembahyang. Nak ke tempat kerja, kalau boleh pastikan berwuduk dulu. Nak ke mana-mana pun, jagalah wuduk anda. Tengah jiwa betul-betul kacau, cuba ambil wuduk, mesti tenang, mesti jadi sejuk aje hatinya.

 Semoga anda di luar sana beroleh manfaat. Selamat bertenang-tenang. Selamat bergembira. Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya. Yang tak tenang, yang bergelora, yang berombak-ombak itu pun perlu berhati-hati, sebab musuh tentu ada di mana-mana.