RAMAI orang kata saya nampak muda dari usia saya sebenarnya. Aduhai, jangan marah saya ya. Ini orang yang kata. Bukan saya. Saya hanya menyampaikan ungkapan-ungkapan kebanyakan orang.

Yalah, sekali pandang, mereka kata saya ni ala-ala macam awal 20-an atau agak-agak baru masuk universiti gitu. Bila ada orang cakap macam ni pada saya, saya hanya tersenyum. Dalam hati, menutur kalimat alhamdulillah. Tiada lain yang berhak untuk diberi pujian, melainkanNya juga.

7 tips untuk anda dan saya kelihatan awet muda. Mari kita tengok. Ada tak kita amalkan kesemua ini.

  1. Makan pemakanan yang bernutrisi – Makanan bernutrisi ini maknanya banyakkanlah makan buah-buahan. Makin banyak anda mengambil buahan-buahan, makin besar peratusan anda untuk kelihatan lebih muda. Makan buah pun bukannya  susah. Ya tak? Buah-buahan ni mengandungi anti oksidan dan ini secara tidak langsung membantu anda untuk kelihatan lebih muda.
  2. Elakkan mendapat pancaran matahari secara kerap – Ini pun penting. Cahaya matahari secara terus akan mudah merosakkan lapisan kulit anda. Terutamanya mereka yang sedang berada di kawasan yang mengalami musim-musim panas. Cahaya matahari waktu pagi itu baik. Cuma jangan sampai berlebihan, di tengah terik tengah hari apatah lagi.
  3. Dapatkan air yang mencukupi – Air yang mencukupi ialah sebanyak 8 gelas air masak sehari. Ini yang biasa disebut. Ke mana-mana, bawalah air. Pastikan tubuh anda tidak kekurangan air.
  4. Lakukan kerja yang anda suka – Ini tersangat-sangat penting. Apa pun kerja yang anda buat, lakukanlah ia dengan happy, buat sebaik mungkin. Jangan paksa diri anda untuk melakukan sesuatu kerja yang anda sendiri tidak suka. Natijahnya nanti, anda sendiri yang akan tertekan, stress dan ini semua akan menyerlahkan lagi wajah tua anda. Banyakkan senyum dalam kerja, anda pasti akan kelihatan lebih muda.
  5. Tidur yang cukup – Walaupun sesibuk mana sekalipun awak tu, kak, bang, seeloknya dapatkanlah tidur yang secukupnya. Tidur selama 6 hingga 7 jam sehari itu penting. Bila tidur tak cukup, badan akan tidak cukup tenaga. Bila tubuh lemah, anda akan lebih lesu, tidak bermaya, setiap tindakan anda juga akan tidak menjadi. Tidur yang cukup akan menstabilkan kembali sistem-sistem tubuh anda. Jadi, pastikan tidur anda sentiasa cukup.
  6. Berfikiran positif – Kita dalam hidup ni tak boleh lari dari masalah. Betul? Tak ada manusia yang hidup kat atas bumi ni yang gembira sentiasa. Kita tak akan jumpa orang yang hidup dengan tak ditimpa problem, cabaran dan dugaan. Derita, suka dan duka itu lumrah, kak. Kita yang menentukan sama ada untuk ceria atau untuk terus berduka. Sentiasalah positif. Apa pun masalah yang melanda, anda perlu positif. Dari situ anda lebih bersemangat, ceria, senyum dan setiap langkahan anda akan lebih laju dan terkedepan dari yang lain-lain.
  7. Dapatkan pertolongan daripada Tuhan – Nombor tujuh ni patutnya saya letak di nombor satu. Sengaja saya letak di sini, supaya bila anda mengakhiri bacaan saya kali ini, anda akan ingat yang ini dulu. Bang, kak, adik-adik semua, kita kalau nak apa-apa kat mak ayah kita, kita mesti buat baik kat mereka dulu, baru biasanya mereka akan beri. Betul? Jadi, ini pun macam tu. Dekatkanlah diri kita pada Dia. Taat suruhannya. Minta betul-betul pada Allah. Dia mesti bagi. Dia pasti akan kabulkan permintaan hamba-hambanya yang betul-betul taat dan laksanakan peritahnya.

 Untuk anda semua, saya ucapkan selamat bermuda-mudi, selamat berawet muda dan selamat kelihatan muda dari usia anda sepatutnya!