NAK jadi orang jahat ke orang baik? Nak jadi baik, anda yang berhak. Ingin menjadi manusia jahat, anda juga yang pilih. Anda. Ya, bukan ibu, bukan ayah, bukan teman, bukan saya. Tapi anda sendiri yang berhak ke atas diri anda. Anda, bukan orang lain!

Nak jadi baik, itu anda. Nak jadi jahat, juga itu anda. Kadang-kadang tu bang, bila kita fikir-fikir semula, nak jadi jahat dengan nak jadi baik tu sama aje susahnya. Tak ada beza. Nak jadi baik susah, nak jadi jahat pun susah. Bahkan, kadang-kadang nak jadi orang jahat itu lagi susah.

Pernah tengok macam mana penjenayah hidup? Anda pernah tahu bagaimana perompak-perompak, pembunuh-pembunuh kat luar sana tu menjalani kehidupan mereka? Pernah tahu?

Ya, nak jadi baik itu susah. Tapi nak jadi jahat pun susah, kak. Dah tu, kenapa pilih nak jadi jahat? Kenapa tak nak pilih jadi baik aje. Kan senang, kan ke lagi elok tu, dik.

Ikut ukuran logik akal kita, bila ditanya,

“Awak nak jadi baik ke, awak nak jadi jahat eh?”

Bila ditanya soalan macam ni, memanglah akal logik orang yang baik-baik ni akan pilih nak jadi baik. Betul?

Tapi apa yang diniat itu, apa yang dikata tu kadang-kadang tak sama dengan yang bakal dibuat. Kadang-kadang bila niat, ya ya, sungguh-sungguh nak jadi baik. Tapi itulah, bila nak buat, bila nak mulakan tindakan, semuanya tak jadi. Mana yang baik-baik je dulu niatnya, dah jadi terbalik, dah songsang dah matlamatnya. Eh, jangan kata tak ada. Ada aje orang spesis macam ni kat mana-mana.

Jadi macam nilah kak, bang, dik. Kita ni semua dah besar. Saya percaya anda semua yang telah sampai ke sini, semuanya dah matang, semuanya hebat-hebat, semuanya bijak-bijak belaka.

Kalau tak hebat, takkanlah boleh singgah ke sini. Yang datang ke sini biasanya nak dapatkan motivasi. Betul? Jadi, saya anggap anda semua hebat-hebat, cemerlang-cemerlang, maka itu gunakanlah kehebatan anda, capaikanlah kegemilangan anda.

Anda ada dua pilihan. Nak jadi baik atau nak jadi jahat. Pilihlah. Jawapan sendirinya ada di tangan anda. Salam motivasi!