KALAU nampak jiran depan rumah pakai kereta besar sikit, apa kita rasa? Bila tengok kawan kita duduk rumah yang ada penghawa dingin, apa pulak kita akan fikir? Selalunya, fikiran-fikiran awal yang kita simpan adalah yang berunsur tidak elok. Bukan semuanya, tapi ramai yang macam ni.

Tak boleh ke kita setting yang baik-baik  aje dalam kepala kita ni. Yang berkereta besar tu mungkin memang dia ada lebihan wang, bukannya niatnya untuk menunjuk. Yang berhawa dingin rumahnya pun sama. Mungkin memang dulunya dia bertahun-tahun menetap di luar negara, jadi tak biasa sangat dengan cuaca di tanah air. Hah, kan baik kalau macam tu.

Tak semestinya yang masam-masam muka tu orangnya garang. Yang sentiasa senyum itu mungkin memang dia telah dilatih sejak dari kecil macam tu. Jadi tak boleh awal-awal lagi kita menilai seseorang itu.

Yang bajunya nampak macam simple aje, jangan dikata dia tu tak ada duit. Yang mana bajunya nampak selalu berjenama jangan juga dikata orang kaya. Tak semua yang kita lihat pada pandangan mata kasar itu benar.

Mana yang bajunya macam murah-murah aje, mungkin memang duitnya banyak disimpan di dalam bank. Yang bajunya semuanya itu nampak berjenama, mungkin, poketnya kosong.

Betullah kata-kata si bijak pandai, bahawa nilaian mata manusia selalu membutakan. Bersangka baiklah kita sesama saudara.

Buruk muka mereka yang bersangka-sangka ni. Betul? Aduhai…