“Kau lapar tak?”

“Emm… Haahlah. Dari pagi aku tak makan lagi ni. Kau dah makan?”

“Belum.”

“Kau nak makan mana. Anjung Desa?”

“Tak mahulah. Lagi-lagi warung itu. Situ aje. Kita lepaklah tempat best siket.”

“Nak maghrib ni, bro. Kita makan situ ajelah. Dekat siket.”

“Alah, kau ni pun. Sejak bila kau jadi ustad ni. Dah-dah, jom, aku ada tempat baik punya!”

Benda-benda macam ni selalunya memberikan suatu impak kepada kita tanpa kita sendiri sedar. Persekitaran selalu membawa pengaruh yang amat besar kepada perjalanan hari-hari kita.

Ya, kawan itu boleh membantu, kawan juga boleh membantut!

Kehebatan dan kecemerlangan seorang teman ini andai boleh diguna pakaikan untuk kecemerlangan kita itu tak apa. Kita ikut kehebatan yang mereka buat, kita contohi kegemilangan yang mereka gapai, dan kita sendiri yang akan mencapainya suatu hari nanti. Yes, do it now!

Masalahnya, ramai yang sengaja mengikut rentak-rentak sumbang mereka yang tak betul. Ini yang jadi halangan besar kepada kegagalan kita.