ZAMAN dah banyak berubah. Dulu orang di kampung rasa berbangga bila anak-anak mereka mampu bergelar seorang penjawat di jabatan kerajaan. Anak itulah yang dibangga-banggakan.

Tapi sekarang segala dah tak macam itu. Orang dah banyak memandang dari sudut yang berbeza. Dunia pun perlu dipandang dari suatu sudut yang lebih realiti.

Konsep perigi mencari timba ini pun macam itu. Perigi yang sibuk-sibuk mengendeng untuk mencari-cari timba. Boleh?

Walau segala alasan yang diberi, dunia sekarang memang macam itu. Persoalannya sekarang, macam mana boleh jadi macam ini?

1. Bilangan lelaki yang kian berkurangan ā€“ Fakta ini tidak boleh kita nafikan. Dunia sekarang memang telah banyak dihuni oleh kaum wanita. Kat mana-mana pun macam itu. Dalam majlis-majlis tertentu pun kita dapat perhatikan bahawa lebih ramai wanita yang hadir. Betul?

2. Meningkatnya level hidup kaum wanita ā€“ Saya melihat bahawa realiti hari ini memang dah jauh sangat berubah. Wanita sekarang dah tak macam zaman atuk nenek kita dulu, bang. Dia orang ni dah lebih bijak. Kalau kita lihat sendiri di mana-mana jabatan, di sektor-sektor awam, di mana-mana sekali punlah, bilangan wanita di sana semakin hari semakin meningkat. Dan faktor ini juga menyumbang kepada berlakunya permasalahan ini.

Ramai wanita sekarang yang terlalu mementingkan kerjaya. Ya, benar. Itu tidak salah. Tapi yang menimbulkan permasalahannya ialah kepada sesetengah kaum lelaki. Mereka-mereka yang ada menyimpan hati terhadap sesetengah wanita ini kadang-kadang itu berasa inferiority. Rasa rendah diri!

Taraf pekerjaan wanita itu lebih tinggi, jadi macam mana lelaki nak dekat?

3. Pengaruh budaya kehidupan ā€“ Ini pun menyumbangkan berlakunya permasalahan ini. Dunia kita kini kian terpengaruh dengan budaya-budaya luar. Yang elok-elok tu tak apa. Mungkin ada yang mengambil dari sirah bagaimana Siti Khadijah mula merisik Rasulullah dahulu melalui orang tengah. Itu tak apa. Kalau macam itu memang tak salah. Baguslah kalau nak diikut.

Cuma yang kita risaukan ialah budaya-budaya yang tak elok yang diikut.Seorang wanita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa anda adalah wanita. Macam mana pun sukanya anda itu kepada seorang lelaki, anda perlu lebih rasional. Rasional ini maknanya berfikir dengan pelbagai sudut kehidupan. Kalau perlu, gunakan orang tengah untuk mendekati lelaki pujaan anda. Ikut cara yang dianjurkan. Bukan main terjah saja.

Budaya yang nampak seolah merendahkan nilai seorang wanita itu pun seeloknya dihindarkan. Buang jauh-jauh. Mencari timba itu tidak salah, tapi mesti perlu ada tempatnya.