DALAM mengejar masa yang semakin menyibukkan, saya sentiasa memfokuskan kepada tiga perkara. Yang tiga-tiga inilah sentiasa saya tekankan untuk beberapa hari kebelakangan ini.
- Allah – Hubungan kepada Allah ini perlu untuk lebih dipelihara. Lagi dekat dengan Dzat maha Agung ini, lagi tenang jiwa, lagi mudah setiap langkah yang dituju.
- Buku – Bangun pagi, selesai solat, perkara ini yang saya utamakan sejak akhir-akhir ini.Saya tidak boleh nafikan bahawa hidup tanpa ilmu ibarat cahaya tanpa punca sinarnya. Kelam, pudar sahaja. Saya perlu lebih banyak membaca. Dari situ akan datang lebih lagi kefahaman dan pengetahuan saya.
- Fokus – Oleh kerana masa yang ada kian suntuk, saya sentiasa memfokuskan kepada kerja-kerja yang perlu diutamakan. Buat masa ini, setiap kerja yang dilakukan perlu berfokus. Dengan itu segala matlamat dan impian yang dipasang tidak terlepas dari genggaman.
Jun 5, 2010 at 9:04 pm
saya merasakan web ini bagus utk menigkatkan ilmu..
saya nak tanya bagaimana nak study smart not study hard,,
sebernanya saya ada masalah dengan akademik saya..
baru-baru ini saya menghadapi exam mid year,so saya dpt tahu add maths saya failed..saya sgt kecewa skali…
masalah saya ialah..saya berusaha sungguh-sungguh dengan buat latihan..saya stay up setiap hari sehingga 12.30pg bersama rakak-rakan di asrama dan bgun 3 pg untuk study..tetapi bila dalam exam saya tidak dapat menjawab soalan..sedangkan soalan yg diajukan sama cuma berlainan number…bila time exam saya lupa apa yg saya pelajari..bantulah saya ..apa oerlu saya buat?
Jun 6, 2010 at 9:14 pm
Assalamualaikum Nurul Fadilla Azrena.
Tahniah kerana anda telah berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat yang dicitakan. Cuma, dalam kita belajar, dalam mengejar kejayaan, kita tidak boleh lari dari ungkapan kegagalan. Jatuh bangun dalam mengejar impian tu perkara biasa.
Anda belum pernah gagal, percayalah. Semua yang anda katakan pada saya itu anggaplah sebagai proses pembelajaran. Bila anda merasa ia suatu kegagalan, anda akan jadi kecewa dan mudah berputus asa. Jadikan ia suatu peluang untuk anda perbaiki apa yang lemah.
p/s setiap subjek itu lain cara studinya. Subjek seperti sejarah, biologi dan sains memerlukan banyak pembacaan. Subjek seperti fizik lebih memerlukan kefahaman. Untuk matematik tambahan pula lebih perlukan latihan-latihan yang berterusan. Nasihat saya, jangan berhenti usaha. Bukan soal berapa lama kita studi, tapi berapa banyak yang kita dapat dalam studi itu. Itu beza studi smart dan studi hard. Boleh dapatkan banyak lagi motivasi belajar di ruangan kategori motivasi belajar. Klik situ ya.
https://sangmentari.wordpress.com/2010/04/10/10-petua-smart-study/
https://sangmentari.wordpress.com/2010/04/12/10-petua-smart-studi-bahagian-2/