CUBA anda pakaikan kaca mata kuning ke mata anda. Segenap padangan anda akan berubah sama sekali. Yang cerah tetiba jadi kekuningan. Betul?

Sama jugak kalau anda diberikan sepasang kaca mata merah, segala yang kuning tadi akan bertukar kepada merah. Tak kira apa pun, segala akan berubah mengikut kaca mata pada pandangan anda.

Jadi, kita pun macam itu. Tak perlu susah-susah nak cari formula yang bukan-bukan. Kita dah ada pun formula terbaik dalam diri kita. Cuma gunakan saja. Nak tunggu apa lagi.

Orang di negara barat selalu memandang rendah keupayaan negara-negara Asia yang masih mundur, sebabnya kenapa? Sebab mereka memang dah dilatih macam itu. Sejak dari dulu lagi mereka telah dipakaikan dengan kaca mata itu. Maka jadinya seperti itulah!

Dalam kita menempuh hari-hari kita, kita mesti berani bertindak ikut kemahuan benar kita. Selagi itu tak salah, maka buatlah.

Orang tak akan kata awak ni salah, kalau awak tegas dengan pendirian bahawa awak adalah seorang pejuang. Pejuang yang sentiasa benar atas tindakan anda.

Pakailah apa pun kaca mata anda, di situ anda sendiri yang menentukan hala tuju masa depan anda sendiri. Kalau hari-hari yang sudah, tak habis-habis dengan kaca mata gelapnya, masa depan pun seakan nampak kelam, kedam dan pudar. Maka mulai hari ini, ubahlah ia.

Letakkan pula kaca mata terang dan mudah untuk dilihat. Semoga semua pemikiran dan percaturan hari-hari mendatang anda secerah-cerahnya sinar sang suria.