DUIT ada di mana-mana. Kalau kita berada kat mana sekali pun, jarang orang datang kepada kita dan mengadu, “cik, saya tak ada duit, nak seposen,” Jarang jumpa situasi macam ni.

Dulu-dulu mungkin ada, tapi sekarang dah menjadi amat jarang untuk kita jumpa situasi macam tu. Negara kita dah banyak berubah. Tak lagi macam dulu. Jadi bagi mereka yang mengadu bahawa mereka susah nak hidup, nak cari sesuap rezeki tu susah sangat, mereka-mereka yang macam tu kena hisab semula diri.

Ingat balik, kenapa kita boleh jadi sampai ke tahap tu. Sedangkan orang luar negara yang tiba-tiba dicampakkan ke tempat kita ni, pun mereka boleh hidup. Pengemis-pengemis di jalanan tu pun kita boleh lihat mereka mampu untuk meneruskan kehidupan mereka. Jadi, kita ni kenapa nak buat macam-macam alasan?

Manusia ni Allah memang dah bagi serba-serbi lengkap dengan pelbagai lebih dan kurangnya. Kitalah yang kena cari mana lebihnya kita tu. Yang kurangnya tu pula kita tutup. Akhirnya nanti kita akan menjadi manusia yang paling berjaya. InsyaAllah.

Duit ada di mana-mana, harta pun bertebar kat mana-mana. Allah berikan semua itu adil buat semua hamba-hambanya, Cuma nak atau tak nak saja kita mencari.